KUALA LUMPUR — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengakui sedang meneliti secara serius teguran terbuka Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dilihat semakin memberi tekanan terhadap hubungan kedua-dua parti dalam Perikatan Nasional (PN).
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, setiap isu yang dibangkitkan Abdul Hadi akan diperhalusi secara menyeluruh dalam semangat setiakawan dan tanggungjawab bersama bagi memastikan gabungan pembangkang itu terus kekal utuh.
Menurut beliau, Bersatu tidak mahu polemik yang timbul ketika ini membuka ruang kepada keretakan lebih besar dalam PN menjelang pilihan raya akan datang.
“Bersatu berpandangan bahawa setiap perkara yang berbangkit wajar diteliti secara menyeluruh dalam semangat setiakawan, persefahaman dan tanggungjawab bersama demi memperkukuhkan perpaduan Perikatan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada beberapa serangan terbuka Abdul Hadi terhadap Bersatu termasuk isu penarikan akuan bersumpah (SD) oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di Negeri Sembilan selain beberapa tindakan lain yang didakwa mencetuskan rasa tidak puas hati Pas.
Abdul Hadi sebelum ini memberi bayangan bahawa Pas kini sedang menilai semula beberapa tindakan Bersatu yang dikatakan tidak selari dengan semangat kerjasama dan setiakawan dalam PN.
Malah, Presiden Pas itu turut mendedahkan bahawa Majlis Syura Ulama dan Jabatan Pilihan Raya Pas sudah diarahkan meneliti satu persatu tindakan negatif yang didakwa dilakukan Bersatu sebelum ini.
Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, Bersatu akan membawa perkara tersebut untuk dibincangkan secara mendalam dalam mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment