NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga makanan dijangka naik: MCA gesa kerajaan umum langkah lindungi rakyat



SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) digesa segera membentangkan strategi yang akan diambil susulan harga makanan dijangka naik menjelang separuh kedua tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Dasar Awam dan Penyelidikan Kos Sara Hidup Rakyat MCA, Datuk Dr Monna Ong berkata, usaha ini penting bagi melindungi rakyat dan industri yang terkesan berikutan krisis global.

“Kerajaan harus telus dan teliti dalam mengumumkan langkah-langkah bantuan ini kerana mana-mana kelompangan atau “grey area” sudah tentu akan mewujudkan spekulasi dan seterusnya mencetus kebimbangan di kalangan rakyat, yang akan membawa kepada pembelian panik dan akhirnya kenaikan harga barangan secara mendadak.

“Langkah kerajaan juga harus komprehensif dan bukan sekadar meminta rakyat dan penjawat awam menanam sayur-sayuran sendiri di kawasan rumah.

“Diharapkan penjelasan dapat diberi dalam masa terdekat, bagi mengelak ketidaktenteraman hati dan ketidakpastian di kalangan rakyat,” katanya.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sebelum ini memaklumkan kenaikan harga makanan dijangka terus berlaku menjelang separuh kedua tahun ini.

Susulan itu katanya, kerajaan sudah mula mengambil langkah dan inisiatif awal untuk menangani jangkaan itu.

Mengulas lanjut, Monna berkata, dengan adanya penjelasan strategi oleh kerajaan membolehkan pihak yang berkenaan membuat persiapan yang sewajarnya.

Beliau dalam masa sama mengingatkan tiada sebarang pengumuman mengejut atau tidak jelas dibuat kerana dibimbangi boleh menggugat kestabilan pasaran.


Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo