NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Empat ahli DAP angkat sumpah jawatan senator



SHAH ALAM - Seramai empat ahli DAP mengangkat sumpah jawatan senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah pada Isnin.

Mereka ialah Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe; Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali; Penolong Setiausaha DAP Sarawak, Larry Asap dan R Thiagarajah.

Menurut perkongsian Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menerusi Facebook, pelantikan itu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh tiga tahun.

"Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir ke Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara yang berlangsung pada pagi ini dalam suasana penuh tertib dan bermakna.

"Pelantikan ini merupakan satu amanah besar yang pastinya menuntut komitmen, integriti serta kesungguhan dalam membawa suara rakyat ke peringkat yang lebih tinggi," katanya pada Isnin.

Seramai 13 Ahli Dewan Negara, termasuk enam lantikan baharu mengangkat sumpah jawatan senator.

Selain empat wakil DAP, dua lagi lantikan baharu ialah pemangku Ketua UMNO Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh dan Ketua Wanita MCA, Datuk Wong You Fong.

Enam Ahli Dewan Negara yang dilantik semula ialah Tan Sri Low Kian Chuan, Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli, Isaiah D Jacob, Mohd Hasbie Muda dan Abun Sui Anyitm.

Sementara itu, Abdul Nasir Idris dipilih semula oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Kesemua enam lantikan baharu oleh Yang di-Pertuan Agong itu adalah bagi tempoh tiga tahun bermula hari ini hingga 10 Mei 2029, manakala lantikan semula bagi tempoh 20 Mac 2026 hingga 19 Mac 2029.


Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo