- “Bagi kerajaan, kami telah menghentikan hukuman mati mandatori. Jadi ini bukan perkara yang kami sedang pertimbangkan walaupun terdapat gesaan daripada pihak pembangkang.
- “Kerajaan tidak perlu memenuhi semua tuntutan yang dikemukakan oleh pembangkang. Tanpa peruntukan hukuman mati dalam akta tersebut, Jabatan Peguam Negara (AGC) masih boleh mendakwa seseorang di bawah Kanun Keseksaan.
- “Apa yang kita pinda adalah untuk memastikan ada pampasan kepada keluarga mangsa. Jika mereka (pesalah) didapati bersalah, selain hukuman penjara dan denda mereka juga akan bertanggungjawab membayar pampasan kepada keluarga mangsa,” – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook
KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk memperkenalkan hukuman mati dalam Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk mendakwa kesalahan serius dan pesalah masih boleh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika berkaitan.
Beliau berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan pindaan akta dengan memberi fokus kepada pengukuhan bantuan kepada keluarga mangsa termasuk mewajibkan pesalah membayar pampasan.
Katanya, ini memandangkan saluran sedia ada bagi keluarga mangsa adalah melalui tindakan sivil yang prosesnya membebankan serta mengambil masa lama.
“Bagi kerajaan, kami telah menghentikan hukuman mati mandatori. Jadi ini bukan perkara yang kami sedang pertimbangkan walaupun terdapat gesaan daripada pihak pembangkang.
“Kerajaan tidak perlu memenuhi semua tuntutan yang dikemukakan oleh pembangkang. Tanpa peruntukan hukuman mati dalam akta tersebut, Jabatan Peguam Negara (AGC) masih boleh mendakwa seseorang di bawah Kanun Keseksaan.
“Apa yang kita pinda adalah untuk memastikan ada pampasan kepada keluarga mangsa. Jika mereka (pesalah) didapati bersalah, selain hukuman penjara dan denda mereka juga akan bertanggungjawab membayar pampasan kepada keluarga mangsa,” katanya seperti di laporkan Utusan Malaysia hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya dan Titik Buta Spot It di Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT), hari ini.
Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, pindaan akta berkenaan dijangka dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang iaitu pada Jun ini.
Katanya, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang bekerjasama dengan AGC bagi merangka pindaan tersebut.
“Sekarang kami sedang merangka pindaan tersebut dan berharap dapat membentangkannya dalam sidang Parlimen Jun,” katanya. – The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment