- Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menyeru supaya pihak berkuasa yang berkaitan bertindak secara tegas dan proaktif dalam melaksanakan penguatkuasaan berlandaskan undang-undang.
- “Dalam hal ini, beta memandang serius isu rumah ibadat bagi semua agama yang dibina tanpa kelulusan yang sah, sama ada pencerobohan ke atas tanah kerajaan ataupun tanah persendirian. Beta dengan tegas melarang sebarang usaha mempolitikkan isu agama termasuk cubaan pihak tertentu yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh demi kepentingan sempit sehingga boleh memecahbelahkan masyarakat,” titah baginda
ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memandang serius isu pembinaan rumah ibadat tanpa kelulusan sah sama ada di atas tanah kerajaan atau tanah persendirian.
Baginda bertitah, setiap pelaksanaan dalam apa jua perkara hendaklah berlandaskan undang- undang dan peraturan yang berkuat kuasa.
Titah baginda, sebarang tindakan yang mengetepikan saluran serta kelulusan yang sah adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi.
“Dalam hal ini, beta memandang serius isu rumah ibadat bagi semua agama yang dibina tanpa kelulusan yang sah, sama ada pencerobohan ke atas tanah kerajaan ataupun tanah persendirian.
“Beta dengan tegas melarang sebarang usaha mempolitikkan isu agama termasuk cubaan pihak tertentu yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh demi kepentingan sempit sehingga boleh memecahbelahkan masyarakat,” titah baginda seperti dilaporkan Harian Metro, hari ini.
Baginda bertitah demikian pada perasmian pembukaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Ke-15 di Wisma Darul Aman di sini, di sini.
Sultan Sallehuddin turut menegaskan bahawa institusi keagamaan tidak sekali-kali wajar disalah guna bagi kepentingan peribadi atau dijadikan wadah kepada agenda politik tertentu.
Baginda menyeru supaya pihak berkuasa yang berkaitan bertindak secara tegas dan proaktif dalam melaksanakan penguatkuasaan berlandaskan undang-undang.
“Perkara ini mempunyai kaitan langsung dengan perpaduan yang menjadi asas kepada kestabilan negeri dan negara.”Sebagai sebuah negeri yang mempunyai rakyat berbilang agama dan kaum, keharmonian bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh, sebaliknya perlu dipupuk dengan sikap saling hormat menghormati dan memahami akan batas sensitiviti masing-masing,” titah baginda. – The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment