NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Kata berjimat, kenapa RM2.5 juta untuk Persidangan Wesak?“



BANGI, 1 ZULKAEDAH – Keputusan kerajaan memperuntukkan RM2.5 juta bagi penganjuran Persidangan Wesak Kebangsaan 2026 terus mencetuskan persoalan terhadap keutamaan fiskal negara, ketika rakyat masih bergelut dengan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ketua Penerangan BERJASA, Hamdan Sharif berkata lebih parah, peruntukan itu diberi dalam keadaan rakyat masih dihimpit tekanan kos sara hidup, harga minyak yang kekal tinggi dalam Sejarah serta kos perkhidmatan yang meningkat sekitar 50 hingga 60 peratus malah ada yang lebih.

“Lebih membimbangkan, keputusan ini dibuat dalam masa yang sama kerajaan membatalkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri atas alasan penjimatan, dimana logiknya.

“Dalam masa sama, penjimatan itu untuk siapa dan apa tujuan boros,” katanya kepada TV Pertiwi.

Menurut Hamdan, jika benar kerajaan ingin berjimat, mengapa satu program diberi peruntukan jutaan ringgit, sedangkan program lain dibatalkan?

“Rakyat melihat dasar fiskal kerajaan yang berubah-ubah mengikut suka hati PMX, mengikut mood, tanpa perancangan yang baik, dan tanpa alasan yang munasabah.

“Ini memberi gambaran jelas bahawa kerajaan tidak mempunyai dasar keutamaan yang konsisten.

“Malah, ia menunjukkan keutamaan Kerajaan Madani seolah – olah cuba meraih sokongan dan undi dari segmen masyarakat tertentu, yang tersasar daripada realiti keperluan rakyat hari ini,” katanya.

Tambahnya lagi, jumlah RM2.5 juta bukan jumlah kecil dan ia boleh disalurkan dalam bentuk pelbagai bantuan seperti makanan asas, subsidi bersasar dan program sokongan rakyat berpendapatan rendah.

“Selain itu, rakyat melihat kurangnya ketelusan dalam perbelanjaan, di satu masa kerajaan sudah tiada dana lagi.

“Dalam masa yang sama, untuk kepentingan politik sendiri, ada pula bajet tergesa – gesa, tiada perancangan, dan tiada ketelusan,” katanya.

Hamdan turut mempersoal apakah komponen yang memerlukan kos sehingga RM2.5 juta, termasuk kemungkinan kos logistik berlebihan atau bayaran penganjuran yang tidak munasabah serta elemen pembaziran terselindung.

“Tindakan ini juga memberikan isyarat politik yang salah.Keputusan ini boleh menimbulkan persepsi bahawa kerajaan lebih cenderung kepada agenda imej dan simbolik, berbanding keperluan asas rakyat.

“Ini berisiko menjejaskan keyakinan rakyat terhadap integriti pengurusan kewangan negara,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, BERJASA tidak menolak kepentingan keharmonian antara agama dan sambutan perayaan dalam negara majmuk.

Namun, dalam keadaan ekonomi yang mencabar, perbelanjaan kerajaan mesti berhemah dan berpaksikan rakyat.

“Kerajaan perlu menjelaskan secara terbuka justifikasi penuh peruntukan RM2.5 juta dan mendedahkan pecahan kos terperinci.

“Kerajaan juga dituntut menetapkan garis panduan jelas untuk perbelanjaan program nasional secara adil dan konsisten dan mengutamakan perbelanjaan yang memberi impak langsung kepada rakyat,” katanya.

Beliau menambah, isu ini bukan sekadar soal peruntukan, tetapi melibatkan keutamaan, keadilan dan tanggungjawab dalam pengurusan kewangan negara.

“Kerajaan tidak boleh bercakap soal penjimatan di satu pihak, tetapi berbelanja besar di pihak lain tanpa justifikasi yang jelas.

“Rakyat sedang memerhati dan menilai tindak tanduk kerajaan yang semakin hari semakin pelik,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, kerajaan buat pertama kali memperuntukkan RM2.5 juta bagi sambutan Hari Wesak Kebangsaan 2026 menerusi Majlis Perundingan Buddha Malaysia (MBCC) untuk Persidangan Wesak Kebangsaan yang akan diadakan pada 23 Mei depan.





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo