NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemisahan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya reformasi kritikal, perlu dilulus sebelum PRU — Syed Saddiq



SHAH ALAM — Usaha memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan antara reformasi paling penting dalam memperkukuh sistem keadilan negara.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pengasingan kuasa itu amat diperlukan bagi mengelakkan berlakunya ketidakadilan dalam sistem perundangan, khususnya persepsi atau realiti 'keadilan dua darjat'.

“Ini reform yang sangat penting, malah boleh dikatakan antara yang terpenting kerana kita ingin mengelakkan sistem keadilan dua darjat.

"Kuasa pendakwa raya boleh sama ada memburukkan keadaan itu atau membantu menghapuskannya,” katanya kepada Rasuah Busters selepas berucap pada forum mengenai pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Wisma Majlis Peguam Malaysia, Kuala Lumpur pada Isnin.

Tambah Syed Saddiq, sekiranya Malaysia benar-benar ingin menambah baik sistem keadilan, langkah memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya adalah jalan terbaik yang perlu dilaksanakan tanpa berlengah.

Sehubungan itu, Syed Saddiq menekankan reformasi tersebut tidak wajar ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum (PRU) memandangkan suasana politik yang semakin memuncak boleh menjejaskan usaha mencapai kesepakatan.

“Kita tak boleh tunggu pilihan raya. Bila semakin hampir, tumpuan akan beralih kepada politik partisan dan bukan lagi kepada mencari jalan tengah,” jelasnya.

Tambah beliau, pindaan Perlembagaan yang diperlukan bagi melaksanakan pengasingan kuasa tersebut juga memerlukan sokongan majoriti dua pertiga di Parlimen, sekali gus menjadikan kerjasama merentas parti amat penting.

“Harapan saya, ia dapat diluluskan secepat mungkin, kejayaan reformasi ini bukan sahaja akan meningkatkan ketelusan dan integriti sistem keadilan, tetapi juga memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi perundangan negara," katanya.


Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo