NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM umum tambahan bantuan RM5 bilion untuk PMKS



KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kemudahan khas berjumlah RM5 bilion di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terkesan mengharungi tekanan kos susulan krisis tenaga global.

Beliau berkata, kemudahan itu melengkapi tambahan jaminan RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) yang diumumkan semalam khusus untuk menyokong PMKS terjejas.

"Saya telah minta BNM untuk segera tingkatkan kemudahan ini supaya daripada RM5 bilion yang diberikan khas ditambah dengan kemudahan yang diberikan BNM (sendiri).

"Secara terperincinya Gabenor BNM akan umumkan dalam beberapa hari lagi mengenai (tambahan) RM5 bilion ini untuk membantu memacu pertumbuhan (negara) dan menjadi pemangkin syarikat-syarikat yang memerlukan bantuan," katanya pada sidang akhbar sempena Sesi Meja Bulat Bersama Institusi Kewangan di Sasana Kijang, BNM di sini pada Selasa.

Pada Isnin, Anwar dilapor mengumumkan peruntukan jaminan pembiayaan sebanyak RM5 bilion bagi membantu PMKS yang terkesan akibat tekanan kos susulan krisis tenaga global.

Anwar berkata, langkah itu dilaksanakan menerusi SJPP sebagai usaha segera memastikan kelangsungan operasi perniagaan kerana tekanan global yang semakin meruncing menuntut tindakan pantas kerajaan bagi mengurangkan beban ditanggung pemain industri.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan tersebut akan membabitkan syarikat-syarikat yang lebih kecil untuk memastikan tiada pihak yang tercicir.

"Kerajaan mahu memastikan kelompok seperti pekebun kecil, nelayan dan penjaja kecil termasuk pengusaha warung serta restoran turut mendapat manfaat daripada kemudahan yang disediakan.

"Kita mahu usahawan-usahawan di peringkat rendah dan syarikat-syarikat kecil yang melibatkan ramai rakyat itu tidak rasa terpinggir serta terabai.

“Saya mahu supaya kemudahan yang diumumkan ini menetapkan supaya kelompok paling kecil ini juga mendapat manfaat,” tambahnya.

Dalam perkembangan sama, Anwar memberitahu, beberapa perkara termasuk SJPP yang memerlukan perhatian kerajaan akan dibawa ke dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

"Saya sendiri akan bawa ke Jemaah Menteri supaya proses dipercepatkan, kelulusan itu tidak terlalu mengambil masa dan tidak terlalu birokratik kerana dalam keadaan menghadapi isu dan krisis sekarang ini, kecekapan dan kepantasan (dalam) membuat keputusan itu sangat mendesak," ujarnya.


Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo