NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gaza perlukan AS$71.4 bilion untuk bangkit semula



BANGI, 3 ZULKAEDAH – Gaza memerlukan sekurang-kurangnya AS$71.4 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi usaha pemulihan dan pembinaan semula susulan kemusnahan besar akibat konflik berpanjangan.

Perkara itu didedahkan dalam laporan bersama Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Bank Dunia melalui penilaian Gaza Rapid Damage and Needs Assessment (RDNA).

Laporan tersebut menyatakan sebanyak AS$26.3 bilion diperlukan dalam tempoh 18 bulan pertama bagi memulihkan perkhidmatan asas, membina semula infrastruktur kritikal serta merancakkan semula ekonomi.

Secara keseluruhan, kerosakan fizikal di Gaza dianggarkan mencecah AS$35.2 bilion, manakala kerugian ekonomi dan sosial pula sekitar AS$22.7 bilion.

Sektor paling terjejas melibatkan perumahan, kesihatan, pendidikan, perdagangan dan pertanian.

Lebih 371,000 unit kediaman dilaporkan musnah atau rosak, lebih separuh hospital tidak lagi berfungsi, manakala hampir keseluruhan sekolah mengalami kerosakan.

Ekonomi Gaza turut merekodkan penguncupan sebanyak 84 peratus, dengan laporan itu menyifatkan kesan terhadap pembangunan manusia sebagai “bencana besar” sehingga mengakibatkan kemunduran kira-kira 77 tahun.

Dalam masa sama, sekitar 1.9 juta penduduk kehilangan tempat tinggal, kebanyakannya dipindahkan berulang kali, manakala lebih 60 peratus populasi hilang kediaman.

Golongan wanita, kanak-kanak, orang kurang upaya serta kumpulan rentan dikenal pasti sebagai paling terkesan.

Laporan itu menegaskan usaha pemulihan perlu dilaksanakan seiring bantuan kemanusiaan serta menjadi asas kepada pembinaan semula berskala besar meliputi Gaza dan Tebing Barat.

EU dan PBB turut menekankan bahawa proses pembinaan semula mesti dipimpin rakyat Palestin sendiri serta diselaraskan dengan proses politik lebih luas ke arah penyelesaian dua negara.

Namun, kejayaan usaha tersebut bergantung kepada beberapa syarat utama termasuk gencatan senjata berterusan, akses bantuan kemanusiaan tanpa sekatan, pemulihan perkhidmatan asas, kebebasan pergerakan serta sokongan kewangan antarabangsa.


Sumber | TV Pertiwi



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo