NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akar umbi PKR Pandan desak siasat dakwaan terhadap Rafizi



KUALA LUMPUR – Tekanan terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, semakin memuncak apabila Ketua Wanita PKR Pandan, Roasiah Ramli, tampil mendesak siasatan telus berhubung dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan projek kerajaan.

Katanya, dakwaan sebuah portal mengenai pembayaran rasuah RM500,000 oleh NexG Bhd kepada orang tengah yang dikaitkan dengan Rafizi melalui GFIS (M) Sdn Bhd tidak boleh dipandang ringan.

Ia khususnya melibatkan Projek Vending Machine bernilai RM21.1 juta di bawah Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

“Persoalan yang masih belum dijawab apakah status siasatan Polis dan SPRM terhadap dakwaan ini? Lebih membimbangkan, Rafizi sendiri mengakui wujudnya pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri pada Disember lalu, di mana beliau diberitahu akan ada implikasi sekiranya skandal ini terbongkar.

“Jika benar tiada apa yang perlu disembunyikan, mengapa perlu ada ‘amaran’ dari dalam kerajaan sendiri,” katanya menerusi hantaran di Faceboook, hari ini.

Tegas Roasiah, ahli Cabang PKR Pandan dan pengundi-pengundi kawasan tersebut sudah menunggu penjelasan yang tuntas berhubung isu itu.

“Hari ini, kami tidak lagi mahu janji-janji kosong. Kami menuntut kebenaran dan kami menuntutnya sekarang melalui siasatan kerajaan yang telus, bebas dan tanpa campur tangan,” katanya lagi.

Pada 7 April lalu, Rafizi menafikan beliau menerima rasuah RM500,000 daripada pemilik NexG Bhd., Datuk Abu Hanifah Noordin bagi tujuan melanjutkan kontrak syarikat itu pada 2023.

Beliau menyifatkan dakwaan sebuah blog sebagai tuduhan liar yang tidak selari dengan garis masa sebenar.

Menurut Rafizi, beliau tidak pernah berjumpa Abu Hanifah atau mana-mana wakil NexG sepanjang hayatnya, selain menegaskan tidak mengenali individu yang dinamakan sebagai “watak utama” dalam blog tersebut iaitu Mohd Harizan Haris dari GFIS.

Bagaimanapun, Roasiah menegaskan sebarang maklumat tidak boleh dibiarkan tergantung tanpa penjelasan rasmi kerana rakyat berhak mengetahui keseluruhan kebenaran.

Dalam masa sama, beliau turut membangkitkan isu pengisytiharan aset bersih Rafizi berjumlah lebih RM18.85 juta.

“Maka soalnya, berapakah jumlah cukai yang telah dibayar ke atas kekayaan tersebut? Seorang yang sering mengangkat naratif ketelusan tidak boleh memilih untuk berdiam diri apabila dirinya sendiri dipersoalkan,” katanya.

Beliau turut mengkritik tindakan Rafizi yang didakwa menghasut rakyat turun ke jalan raya ketika kos sara hidup meningkat, menyifatkan tindakan itu tidak selari dengan realiti kehidupan rakyat kebanyakan.

Roasiah berkata, kekalahan Rafizi dalam pemilihan PKR 2025 kepada Nurul Izzah Anwar menunjukkan sokongan terhadapnya semakin merosot dalam PKR.

Justeru, beliau menggesa Ahli Parlimen Pandan itu menjalankan tanggung jawab yang diamanahkan iaitu berkhidmat kepada rakyat dan berhenti untuk berpolitik. -MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo