NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas Ketua Bersatu Bahagian Parit Sulong sertai UMNO



BATU PAHAT – Ketua Bahagian Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) Bahagian Parit Sulong, Datuk Ariss Samsudin keluar mengisytihar keluar Bersatu dan kembali ke pangkuan UMNO melalui inisiatif Rumah Bangsa.

Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkarnain Kamisan berkata, kepulangan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah itu amat bermakna dan pihaknya amat berbesar hati menerimanya.

“Kita yakin kepulangan Datuk Ariss ke dalam mampu menjadi pengaruh kepada banyak lagi individu khususnya kepada pengikutnya untuk melakukan tindakan sedemikian.

“Secara dasarnya Rumah Bangsa ini sudah berlaku lebih awal di Parit Sulong apabila pihaknya menerima secara terbuka kepada mana-mana pihak yang sebelum ini meninggalkan UMNO untuk kembali bersama-sama menggalas perjuangan parti,” katanya ditemui pemberita di kediamannya di sini hari ini.

Beliau berkata, Rumah Bangsa adalah gagasan yang dibawa UMNO bukan sebagai retorik namun sebagai tanggungjawab sejarah untuk menyatukan kembali kekuatan orang Melayu yang semakin berpecah.

Katanya yang juga ADUN Seri Medan, UMNO harus berani mengakui perpecahan melemahkan parti namun kini bangkit semula dengan satu pendirian iaitu tidak lagi boleh terus berpecah dan kembali membina kekuatan bersama-sama.

“Sejarah tidak pernah menipu bahawa dari UMNO lahirnya kepimpinan serta perjuangan yang bukan sekadar parti namun rumah asal kepada kekuatan politik orang Melayu,” katanya.

Menurutnya lagi, hakikatnya ramai yang kembali semula kepangkuan UMNO dan itu berlaku bukan secara kebetulan tetapi isyarat bahawa rakyat mula yakin dan akan menjadikan parti lebih kuat.

Beliau percaya gelombang kebangkitan itu akan terus meningkat dan bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya umum (PRU), Rumah Bangsa bukan sekadar slogan namun adalah satu strategi serta gerakan yang menjadi penentu masa depan parti.

Ariss menyertai Bersatu pada 2016 dan menjadi Ketua Bahagian Bersatu Parit Sulong sejak empat tahun lalu.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat Semerah dari 2004 hingga 2013 mewakili Barisan Nasional (BN) sebelum bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor 2022 namun tewas.- MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo