NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak sampai 24 jam, 3,716 ahli baharu daftar UMNO secara online – Asyraf Wajdi



KUALA LUMPUR – Sistem pendaftaran keahlian secara atas talian (online) UMNO yang baru dimuat naik dilihat menggalakkan apabila dta terkini menunjukkan seramai 3,716 ahli baharu mendaftar dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, berdasarkan data yang dikongsi, golongan pemuda kini mendominasi statistik pendaftaran ahli baharu parti itu apabila mencatatkan penyertaan seramai 2,413 orang iaitu 65 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Ia diikuti kategori ahli biasa yang mencatatkan seramai 818 orang atau 22 peratus, sayap wanita (248 orang) manakala sayap Puteri mencatatkan penyertaan seramai 237 orang bersamaan 6 peratus daripada jumlah pendaftaran tersebut.

“Balik dari masjid pagi ini, check sistem dashboardkeahlian UMNO, terus saya ambil masa untuk perhalusi dan luluskan setiap permohonan.

“Letih juga tapi menyeronokkan dan mengujakan kerana tak sampai 24 jam sistem baru pendaftaran online dimuat naik, sudah 3,716 ahli baharu yang majoritinya di kalangan anak muda mendaftar,” katanya.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi turut menzahirkan penghargaan kepada semua individu yang memilih untuk mendaftar sebagai ahli baharu.

“Terima kasih semua kerana sudi bersama dalam perjuangan suci ini,” ujarnya lagi. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo