NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak ada undi tak percaya, kami sokong MB Perlis hingga PRU – Shahidan



KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan khabar angin kononnya wujud gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Perlis melalui usul undi tidak percaya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Menurut Shahidan, dakwaan tersebut hanyalah spekulasi luar yang tidak berasas dan beliau menegaskan kesetiaan wakil rakyat PN terhadap kepimpinan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah tetap utuh.

“Tidak ada undi tak percaya. Kami di peringkat PN negeri menyokong penuh Menteri Besar sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu, timbul spekulasi di media sosial yang mendakwa penangguhan Sidang DUN Perlis yang dijadualkan berlangsung pada 21 April adalah disebabkan ancaman usul undi tidak percaya daripada sekelompok wakil rakyat.

Sidang DUN ini merupapan yang pertama di bawah pimpinan Abu Bakar yang merupakan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Perlis itu selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis pada 28 Disember tahun lalu.

Abu Bakar yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis dilantik susulan peletakan jawatan Mohd Shukri Ramli dari Pas sebagai Menteri Besar atas faktor kesihatan. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo