NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Vape campur dadah, fentanyl ditemui di pasaran



KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia mendedahkan kewujudan vape mengandungi dadah berbahaya termasuk fentanyl menerusi Op Vape 1.0 yang dilaksanakan di seluruh negara.

Pengarah JSJN, Datuk Hussein Omar Khan berkata, operasi selama lima hari bermula 13 hingga 17 April itu melibatkan lebih 3,000 pegawai pelbagai agensi.

Katanya, sebanyak 1,670 premis diperiksa dengan 728 daripadanya didapati melanggar peraturan manakala 20 individu ditahan di bawah pelbagai kesalahan termasuk Seksyen 39B dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Hasil operasi, sebanyak 8,091 peranti vape, 5,257 kartrij serta 19.67 kilogram dadah dirampas dengan nilai keseluruhan RM4.6 juta,” katanya.

Menurutnya, antara membimbangkan ialah penemuan cecair vape mengandungi dadah jenis fentanyl yang mempunyai kesan sehingga 50 hingga 100 kali lebih kuat berbanding morfin dan berisiko membawa maut.

Tambahnya, siasatan mendapati penjualan vape berunsur dadah ini dilakukan secara tertutup kepada pelanggan tertentu sekali gus menunjukkan wujud cubaan memperkenalkan bahan terlarang itu ke pasaran tempatan.

“Sepanjang operasi, sebanyak 868 individu turut menjalani ujian saringan air kencing dengan 13 daripadanya didapati positif dadah,” ujarnya.

Beliau berkata, PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah dan akan terus mempergiat operasi bagi mengekang trend berbahaya ini. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo