BANGI, 25 RAMADAN – Peguam, Aidil Khalid menyangkal tuduhan kononnya pendakwah bebas, Zamri Vinoth melarikan diri ke Thailand.
Menerusi hantaran di Facebook, Aidil menjelaskan, Zamri sememangnya berulang- alik ke Thailand disebabkan urusan perniagaan.
“Kita tidak bermain di padang yang rata. Bayangkan, tuduhan dibuat, kononnya Zamri lari ke Thailand.
“Sedangkan Zamri memang selalu ulang-alik ke Thailand, sebab beliau ada perniagaan antara dua negara,” katanya.
Menurut Aidil, Zamri juga tidak boleh membela diri atau memberi sebarang penjelasan disebabkan akaun FB miliknya disekat.
“Bila Zamri buat akaun FB baru (yang lama kena block), dan jelaskan dia tak lari,* dan memang akan hadap pertuduhan, FBnya ditutup pula. Penerangannya itu disekat.
“Semua media sosialnya diturunkan atau disekat. Jadi masyarakat cuma dibenar mendengar satu cerita sahaja, kononnya dia cabut lari.
“Dan ingat balik ye, kejadian Zamri diserang dan cermin keretanya dipecahkan. Dia mangsa tapi dia pula yang nak dituduh,” katanya.
Terdahulu media melaporkan, Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Mohd Khalid Ismail mendakwa Zamri dan aktivis tanah, Tamim Dahri yang disiasat berhubung kenyataan penganjuran Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), menghina kaum India dan merosakkan soolam telah melarikan diri ke Thailand.
Usaha untuk mengesan sedang giat dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa Thailand. Pertuduhan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat selepas kedua-dua suspek berjaya dikesan dan dibawa pulang,” katanya dalam kenyataan media di Facebook.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment