NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peguam ‘sekolahkan’ Arun tentang undang-undang



BANGI, 25 RAMADAN –  Penasihat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berpendapat terdapat beberapa kesilapan dari pentafsiran undang- undang khususnya Seksyen 99.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Arun Dorasamy yang memberi pengakuan bahawa tiada perintah menghalang perobohan kuil dikeluarkan Mahkamah Majistret seperti tular di media sosial dan media arus perdana.

“Menerusi kenyataan Arun berkata, prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) menuntut agar sebarang pertikaian mengenai tanah atau rumah ibadat diselesaikan melalui proses mahkamah yang sah, dan bukannya melalui tindakan unilateral di lapangan.

“Semua pihak sewajarnya menghormati proses kehakiman yang sedang berjalan dan menahan diri daripada mengambil sebarang tindakan yang boleh menjejaskan atau menggagalkan perjalanan prosiding mahkamah tersebut,” menurut kenyataan itu.

 Zainul Rijal berkata, jika dibaca betul-betul kenyataan berkenaan, tiada perintah menghalang perobohan kuil dikeluarkan.

“Jika kita baca betul- betul kenyataan ini, kita tentu faham pengakuan bahawa tiada perintah menghalang perobohan kuil tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret.  Dah roboh dah struktur di pemis tersebut nak halang apa lagi? Dah jadi akademik.

“Selain dari isu ini bagi saya ada beberapa kesilapan dari pentafsiran undang undang khususnya seksyen 99 tersebut.

“Mahkamah yang lebih tinggi perlu membuat keputusan. Biarkan proses undang- undang mengambil tempat sewajarnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Untuk rekod, Peruntukan Seksyen 99 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) di bawah Bab Pertikaian Mengenai Harta Tak Alih hanya berfokus kepada dua perkara iaitu pertikaian mengenai tanah dan  wujudnya atau barangkali wujudnya gangguan kepada ketenteraman awam.

Bukan sama sekali menyentuh kepada bidangkuasa menentukan hak milik berdaftar atau geran milikan tanah tersebut. Fokus untuk elak berlakunya sebarang gangguan ketenteraman awam.

Sebelum ini media melaporkan Mahkamah Majistret mengeluarkan arahan kerja roboh kuil di Rawang dihenti sementara.

Kenyataan itu menjadi pertikaian apabila Peguam Yayasan Kubra, Muhammad Hariz Md Yusoff menafikan laporan media berkenaan.

Muhammad Hariz menjelaskan, laporan berkenaan mengelirukan kerana tiada sebarang perintah sedemikian dikeluarkan oleh mahkamah.


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo