NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cikgu Chandra dakwa MIC punca gangsterisme dan kuil tidak sah



BANGI, 25 RAMADAN – MIC didakwa menjadi punca sebenar kewujudan kuil tidak sah dan gangsterisme dalam kalangan orang India.

Aktivis Masyarakat, S. Chandrasegaran atau Cikgu Chandra berkata, perkara itu disebabkan MIC gagal mendidik dan memimpin kaum 

“Tiba tiba MIC nak jadi jaguh kepada masyarakat India? Selama lebih 60 tahun dikatakan MIC memimpin masyarakat India tetapi masyarakat India masih antara yang termiskin di Malaysia.

“Punca sebenar kewujudan kuil kuil tidak sah dan gangsterisme dalam kalangan India disebabkan oleh kegagalan MIC mendidik dan memimpin masyarakatnya sendiri,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Dalam hantaran sama, Cikgu Chandra turut mengingatkan MIC supaya jangan menuding jari kepada kerajaan sedia ada kononnya kerajaan sekarang menindas masyarakat India.

“Jangan menuding jari kepada kerajaan yang sedia ada kononnya kerajaan sekarang menindas masyarakat India. 

“Tolonglah MIC, Jangan menegakkan benang yang basah dan nasihat kepada pembangkang tiba- tiba nak percaya MIC, kesudahannya, akan merosakkan imej pembangkang,” katanya. 

Menurut Cikgu Chandra, sudah lama masyarakat India menolak MIC dan ia terbukti pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas. 

“Sudah lama masyarakat India menolak MIC dan ini terbukti dalam PRU lalu dengan kekalahan teruk.

 “Masyarakat India mahukan muka baharu yang betul- betul turun padang dan ikhlas dalam meningkatkan sosio ekonomi dan meningkatkan imej masyarakat India,” katanya. 


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo