NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin nafi wujud hubungan rapat BERSATU-PH



BANGI, 26 RAMADAN – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya parti itu sedang menjalin hubungan rapat dengan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Muhyiddin, tuduhan itu adalah tuduhan liar yang tidak berasas serta berniat jahat semata-mata untuk menjejaskan keharmonian dalam parti BERSATU dan antara parti-parti anggota Perikatan Nasional.

“Perkara tersebut tidak pernah dibincangkan di mana-mana peringkat parti termasuk dalam Majlis Pimpinan Tertinggi yang menentukan dasar dan hala tuju parti.

“BERSATU mempunyai prinsip perjuangan yang jelas dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara serta membela kebajikan rakyat,” katanya dalam satu hantaran pada Isnin.

Muhyiddin berkata, kerjasama BERSATU dengan mana-mana parti lain adalah berpandukan prinsip yang jelas itu.

“Atas prinsip inilah BERSATU telah mengasaskan Perikatan Nasional bersama PAS dan kemudiannya disertai oleh GERAKAN serta Parti Maju India Malaysia (MIPP).

“Perikatan Nasional adalah wadah terbaik untuk BERSATU merealisasikan perjuangannya dan parti ini tidak pernah berganjak daripada pendirian tersebut.

“Fokus BERSATU pada masa ini adalah untuk memperkukuhkan parti dan memperkuatkan Perikatan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16),” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa wujud kumpulan dalam parti itu yang mahu membawa BERSATU lebih hampir dengan PH.

Hamzah dilaporkan berkata kumpulan tersebut melibatkan individu yang mempunyai kaitan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun beliau tidak menamakan mana-mana pihak secara khusus.


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo