NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Al-Syahid Ayatollah Ali Khamenei Yang Saya Kenali

Pertama kali saya mengenali Ayatollah Ali Khamenei ketika al-Syahid menjadi Presiden Republik Islam Iran pada awal tahun 80-an ketika masih lagi berada pada awal kemenangan Revolusi Islam yang berlaku pada tahun 1979. Saya dipilih oleh beliau menjadi salah seorang ahli Majma‘ al-Taqrib Baina al-Mazahib al-Islamiyyah bersama beberapa orang dari Universiti al-Azhar di Mesir, Universiti al-Zaitunah di Tunisia, dan beberapa buah pusat pengajian tinggi yang lain, termasuk parti-parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.
 
Tujuannya bagi mengaktifkan semula fungsi Majma‘ al-Taqrib bagi semua mazhab Ahli Kiblat setelah cita-cita tersebut diasaskan oleh Jamaluddin al-Afghani RH, Muhammad Abduh RH, Ayatollah Kashani RH, Ayatollah Muhammad Taqi al-Qummi RH dan lain-lain. Usaha ini kemudiannya disambung oleh Universiti al-Azhar melalui Majma‘ al-Buhuth al-Islamiyyah, dan seterusnya oleh Republik Islam Iran.
 
Dalam Perang Teluk Pertama (Iran-Iraq), negara Arab bersama Iraq menyerang Iran atas semangat kebangsaan Arab yang bertopengkan mazhab Sunni, yang sebenarnya tidak ada kaitan. Hal ini demikian kerana, para Imam Mazhab Sunni juga sama-sama menjadi mangsa kezaliman yang dilakukan terhadap keluarga Rasulullah SAW, khususnya para ulama’ dan imam mujtahid akibat cemburu terhadap penghormatan masyarakat Islam kepada mereka.
 
Betapa eratnya hubungan antara ulama’ mazhab Sunni dengan ulama’ mazhab Syiah, sehingga para imam mazhab Sunni turut belajar dan mengajar sesama mereka. Bahkan, lebih seratus orang ulama’ Syiah dimasukkan dalam Asanid Sunan Sittah (kitab-kitab hadis dalam mazhab Sunni) dan turut mengarang bersama beberapa kitab muktabar yang diiktiraf sehingga kini.
 
Antaranya, kitab Subul al-Salam Syarah Bulugh al-Maram karangan al-San‘ani RH yang bermazhab Syiah, dan matannya pula kitab Bulugh al-Maram karangan Ibn Hajar al-‘Asqalani RH yang bermazhab Sunni. Begitu juga kitab Tathir al-I‘tiqad ‘an Adran al-Ilhad karangan al-San‘ani RH daripada Syiah yang diajarkan di Masjid Nabawi.
 
Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi) mati dipenjarakan kerana membela Imam Ja‘far al-Sadiq (imam mazhab Syiah Ithna ‘Ashariyyah). Begitu juga, Imam Malik RH yang dihukum sebat sehingga lumpuh tangannya kerana membela Imam Muhammad al-Nafs al-Zakiyyah RH (pemimpin Syiah) yang dibunuh dengan zalim, malah Imam al-Syafi‘i RH pula ditangkap dan dibelenggu kerana membela Imam Zaid RH daripada mazhab Syiah Zaidiyyah. Bahkan, Imam tabiin Sa‘id bin Jubair RH pula dihukum bunuh kerana berpihak kepada Ahli al-Bait.
 
Republik Islam Iran menjadi sasaran kerana Islamnya. Firman Allah SWT:
 
وَŁ…َŲ§ نَŁ‚َŁ…ُواْ Ł…ِنۡهُŁ…ۡ Ų„ِŁ„َّŲ§ٓ Ų£َن يُŲ¤ۡŁ…ِنُواْ ŲØِٱللَّهِ ٱلۡŲ¹َŲ²ِيزِ ٱلۡŲ­َŁ…ِيدِ ŁØ
 
“Dan mereka tidak menyeksa orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang-orang Mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.” [Surah al-Buruj: 8]
 
Umat Islam hendaklah bersedia mengikut perintah Allah bagi menghadapi musuh mereka, sepertimana firman-Nya:
 
وَŲ£َŲ¹ِŲÆُّواْ Ł„َهُŁ… Ł…َّŲ§ ٱسۡŲŖَŲ·َŲ¹ۡŲŖُŁ… Ł…ِّن Ł‚ُوَّŲ©ٖ وَŁ…ِن Ų±ِّŲØَŲ§Ų·ِ ٱلۡŲ®َيۡŁ„ِ ŲŖُŲ±ۡهِŲØُŁˆŁ†َ ŲØِهِŪ¦ Ų¹َŲÆُوَّ ٱللَّهِ وَŲ¹َŲÆُوَّكُŁ…ۡ وَŲ”َŲ§Ų®َŲ±ِŁŠŁ†َ Ł…ِن ŲÆُŁˆŁ†ِهِŁ…ۡ Ł„َŲ§ ŲŖَŲ¹ۡŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َهُŁ…ُ ٱللَّهُ يَŲ¹ۡŁ„َŁ…ُهُŁ…ۡۚ وَŁ…َŲ§ ŲŖُنفِŁ‚ُواْ Ł…ِن Ų“َيۡŲ”ٖ فِي Ų³َŲØِŁŠŁ„ِ ٱللَّهِ يُوَفَّ Ų„ِŁ„َيۡكُŁ…ۡ وَŲ£َنتُŁ…ۡ Ł„َŲ§ ŲŖُŲøۡŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َ ٦٠
 
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” [Surah al-Anfal: 60]
 
Adapun negara-negara lain yang kaya-raya berselindung dengan adanya pangkalan tentera Barat yang merupakan musuh Islam dan berpihak dengan nyata kepada Yahudi Zionis yang dimurkai oleh Allah. Kini, negara-negara ini digunakan untuk melindungi Israel, mengecewakan Palestin dan memerangi Iran.
 
Jangan diambil kira kalangan yang jahil agama atau ulama’ yang tidak bertafaqquh dalam al-din dan golongan yang buta sejarah daripada semua pihak.
 
Malangnya, negara-negara Arab dan Islam Sunni sangat akrab dengan negara Iran pada zaman Shah Iran yang menjadi pangkalan utama negara Barat dan melakukan normalisasi dengan negara haram Zionis Israel. Shah Reza Pahlavi, Shah Iran kedua daripada Dinasti Pahlavi juga telah mewajibkan rakyat Iran bermazhab Syiah bagi memisahkan mereka daripada dunia Islam. Namun begitu, masih ada 40 peratus penduduknya yang masih bermazhab Sunni dan bersahabat serta berkeluarga dengan semua mazhab.
 
Iran mula dianggap sebagai musuh apabila Dinasti Pahlavi digulingkan dan Iran bertukar kepada sebuah negara Republik Islam. Pada masa yang sama, Iran turut mengeratkan hubungan dengan negara-negara Islam, mengharamkan negara Israel dan menunjukkan kebersamaan dengan syuhada’ daripada kalangan rakyat Palestin yang berjuang dengan harta dan nyawa mereka sejak awal. Tiba-tiba, Iran difatwakan terkeluar daripada Islam.
 
Apabila diadakan satu rapat umum raksasa di Medan Azadi di Tehran, saya telah dipilih menjadi salah seorang yang berucap mewakili negara luar bersama dengan Presiden al-Syahid Ali Khamenei. Sejak itu, hubungan kami sangat akrab, sehingga setahun yang lalu al-Syahid telah menghadiahkan kepada saya cincin yang dipakainya dan serban selendangnya yang mempunyai lambang Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), menandakan perkenalan kami yang akrab.
 
Saya menyaksikan keberaniannya ketika rapat raksasa itu, apabila kami diletakkan di bawah bumbung sebuah kubu yang teguh supaya dapat diselamatkan sekiranya diserang oleh musuh. Tiba-tiba, ketika beliau berucap, berlaku serangan udara yang tersasar ke arah bukit yang berdekatan kerana dapat dikawal oleh pertahanan udara. Saya menyaksikan beliau meluru keluar daripada kubu pertahanan untuk bersama rakyat yang berada di lapangan bersama pembesar suara berucap di tempat terbuka.
 
Demikian juga ketika bermulanya serangan Israel dan Amerika Syarikat diberitakan oleh media baru-baru ini, beliau tidak mahu meninggalkan kediaman dan pejabatnya kerana mahu bersama rakyat dalam menghadapi bahaya menjadi sasaran musuh.
 
Sewaktu pemerintahannya, al-Syahid juga melakukan pembaharuan yang sangat berani dalam menghadapi para ulama’ yang masih fanatik mazhab Syiah. Beliau melaksanakan perubahan yang pernah dilakukan oleh Imam Ruhollah Khomeini RH yang diasaskan oleh Jamaluddin al-Afghani RH, Muhammad Abduh RH, dan Ayatollah Kashani RH pada abad yang lalu, di samping Hasan al-Banna, dan Sayyid Qutb, serta disambung oleh Syeikh al-Azhar Mahmud Shaltut RH.
 
Al-Syahid menukar konsep kepimpinan negara daripada kepimpinan Imam Mahdi al-Muntazar (yang dinantikan kelahirannya) kepada kepimpinan Wilayah al-Faqih (kepimpinan ulama’) berpandukan kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah dan siasah syar‘iyyah dalam Mazhab Sunni, khususnya Mazhab Syafi‘i.
 
Sehingga dibentuk sebuah pusat kajian pelbagai mazhab seperti Majma‘ al-Buhuth al-Islamiyyah di Universiti al-Azhar yang mengeluarkan Mausu‘ah al-Fiqh al-Islami iaitu ensiklopedia fiqh lapan mazhab Ahli Kiblat. Mazhab dalam kalangan Sunni, iaitu:
 
1. Hanafi
2. Maliki
3. Syafi‘i
4. Hanbali
5. Zahiri
 
Manakala dua kelompok Syiah yang diterima:
6. Syiah Ithna ‘Asyariyyah
7. Syiah Zaidiyyah
 
Dan yang terakhir daripada mazhab Khawarij:
1. Ibadi
 
Seterusnya, lapan mazhab tersebut diiktiraf oleh Muktamar Kemuncak Negara Umat Islam di Makkah di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sebagai Ahli Kiblat yang berpegang kepada rukun iman dan rukun Islam, serta hanya berkhilaf dalam masalah furu‘ (cabang agama).
 
Isu perbalahan mazhab dicetuskan pembaharuannya oleh Zionis Israel, Amerika Syarikat dan negara-negara blok Barat. Mereka menentang sekeras-kerasnya penubuhan semula negara Islam dengan mewujudkan Syiah jadian yang jahil dalam masyarakat Sunni dan kumpulan fanatik mazhab dalam Syiah. Di samping itu, blok Barat juga menaja Perang Teluk melalui negara Arab dan Islam di bawah pengaruhnya dengan menggunakan ulama’ rasmi kerajaan bagi menyekat pengaruh Iran kembali kepada negara Islam.
 
Adapun Khamenei juga mengeluarkan fatwa mengharamkan celaan terhadap para sahabat dan Ummahat al-Mukminin RA, serta bertindak menghalau keluar dari Iran kalangan mereka yang masih mencela. Ramai yang mendapat perlindungan suaka politik di Amerika Syarikat dan negara Eropah dipergunakan untuk memecahbelahkan umat Islam. Malangnya, fatwa itu sengaja diperkecil dan ditutup kepada masyarakat umum.
 
Media digunakan untuk mempengaruhi masyarakat umum yang jahil serta para ulama’ yang tidak bertafaqquh dalam urusan al-din dan buta sejarah.
 
Sokongan sepenuhnya oleh Iran terhadap Palestin dengan harta dan nyawa, sehingga mengorbankan para syuhada’ bersama Palestin bukanlah satu lakonan. Akan tetapi, ia satu pengorbanan bagi menyahut seruan Allah yang mewajibkan jihad khususnya di Palestin untuk melawan kaum Yahudi Zionis dan penyokongnya daripada kalangan kuasa besar yang dinyatakan oleh Allah melalui firman-Nya:
 
۞Ł„َŲŖَŲ¬ِŲÆَنَّ Ų£َŲ“َŲÆَّ ٱلنَّŲ§Ų³ِ Ų¹َŲÆَٰوَŲ©ٗ Ł„ِّŁ„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų£َŲ“ۡŲ±َكُواْۖ ...ŁØŁ¢
 
“Sesungguhnya, kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik...” [Surah al-Ma’idah: 82]
 
Allah melarang dengan keras perbuatan berwala’ kepada musuh Islam, khususnya kalangan yang paling bermusuh terhadap Islam dan umatnya. Firman Allah SWT:
 
۞ يَŁ€ٰٓŲ£َيُّهَŲ§ ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َنُواْ Ł„َŲ§ ŲŖَŲŖَّŲ®ِŲ°ُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلنَّŲµَٰŲ±َىٰٓ Ų£َوۡŁ„ِيَŲ§ٓŲ”َۘ ŲØَŲ¹ۡŲ¶ُهُŁ…ۡ Ų£َوۡŁ„ِيَŲ§ٓŲ”ُ ŲØَŲ¹ۡŲ¶ٖۚ وَŁ…َن يَŲŖَوَŁ„َّهُŁ… Ł…ِّŁ†ŁƒُŁ…ۡ فَŲ„ِنَّهُŪ„ Ł…ِنۡهُŁ…ۡۗ Ų„ِنَّ ٱللَّهَ Ł„َŲ§ يَهۡŲÆِي ٱلۡŁ‚َوۡŁ…َ ٱلظَّŁ€ٰŁ„ِŁ…ِŁŠŁ†َ لٔ
 
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (kamu)! Sebahagian daripada mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Sesiapa antara kamu yang mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” [Surah al-Ma’idah: 51]
 
Berwala’ dengan maksud melantik musuh Islam menjadi pemimpin yang disanjung, juga sebagai penasihat dan pemandu dalam urusan negara. Sehinggakan, ada juga yang membantu bagi memerangi umat Islam dengan mendedahkan rahsia sebagai pengintip atau membantu secara langsung memerangi umat Islam dan tanah airnya.
 
Perbuatan ini diharamkan dengan sekeras-kerasnya, sehingga boleh merosakkan aqidah menjadi kafir atau munafiq. Inilah pendapat para ulama’ tafsir berpandukan nas yang nyata daripada firman Allah tersebut.
 
Allah SWT memberi amaran yang sangat keras dan meletakkan jenama munafiq kepada mereka yang berwala’ kepada musuh Islam kerana berselindung di bawah kekuasaannya dan berjaya bersamanya. Firman Allah SWT:
 
ŲØَŲ“ِّŲ±ِ ٱلۡŁ…ُنَٰفِŁ‚ِŁŠŁ†َ ŲØِŲ£َنَّ Ł„َهُŁ…ۡ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØًŲ§ Ų£َŁ„ِŁŠŁ…ًŲ§ ٔ٣٨ ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ يَŲŖَّŲ®ِŲ°ُŁˆŁ†َ ٱلۡكَٰفِŲ±ِŁŠŁ†َ Ų£َوۡŁ„ِيَŲ§ٓŲ”َ Ł…ِن ŲÆُŁˆŁ†ِ ٱلۡŁ…ُŲ¤ۡŁ…ِنِŁŠŁ†َۚ Ų£َيَŲØۡŲŖَŲŗُŁˆŁ†َ Ų¹ِندَهُŁ…ُ ٱلۡŲ¹ِŲ²َّŲ©َ فَŲ„ِنَّ ٱلۡŲ¹ِŲ²َّŲ©َ Ł„ِŁ„َّهِ Ų¬َŁ…ِيعٗŲ§ ٔ٣٩ وَŁ‚َŲÆۡ نَŲ²َّŁ„َ Ų¹َŁ„َيۡكُŁ…ۡ فِي ٱلۡكِŲŖَٰŲØِ Ų£َنۡ Ų„ِŲ°َŲ§ Ų³َŁ…ِŲ¹ۡŲŖُŁ…ۡ Ų”َايَٰŲŖِ ٱللَّهِ يُكۡفَŲ±ُ ŲØِهَŲ§ وَيُŲ³ۡŲŖَهۡŲ²َŲ£ُ ŲØِهَŲ§ فَŁ„َŲ§ ŲŖَŁ‚ۡŲ¹ُŲÆُواْ Ł…َŲ¹َهُŁ…ۡ Ų­َŲŖَّىٰ يَŲ®ُوضُواْ فِي Ų­َŲÆِيثٍ ŲŗَيۡŲ±ِهِŪ¦ٓ Ų„ِنَّكُŁ…ۡ Ų„ِŲ°ٗŲ§ Ł…ِّŲ«ۡŁ„ُهُŁ…ۡۗ Ų„ِنَّ ٱللَّهَ Ų¬َŲ§Ł…ِŲ¹ُ ٱلۡŁ…ُنَٰفِŁ‚ِŁŠŁ†َ وَٱلۡكَٰفِŲ±ِŁŠŁ†َ فِي Ų¬َهَنَّŁ…َ Ų¬َŁ…ِيعًŲ§ ٔ٤٠
 
“Khabarkanlah kepada orang-orang munafiq bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih. (138) (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka, sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. (139) Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya, Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafiq dan orang-orang kafir di dalam Jahannam. (140)” [Surah al-Nisa’: 138-140]
 
Umat Islam kini diuji dengan tindakan Israel, Amerika Syarikat dan sekutunya yang membentuk Pasukan Ahzab yang baharu. Mereka menceroboh negara Republik Islam Iran dan umat Islam dalam kalangan rakyatnya kerana telah membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman kaum Yahudi Zionis. Mereka yang bersekongkol bersamanya dalam pasukan Ahzab yang pernah menyerang Islam, negara dan rakyatnya pada zaman Rasulullah SAW. Kini, pakatan ini mengganyang Hamas dan Tanzim Jihad (gerakan Islam paling berpengaruh di Palestin yang mentadbir wilayah Gaza).
 
Allah menyebut peristiwa Ahzab pada zaman Rasulullah SAW melalui firman-Nya:
 
يَŁ€ٰٓŲ£َيُّهَŲ§ ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َنُواْ ٱذۡكُŲ±ُواْ نِŲ¹ۡŁ…َŲ©َ ٱللَّهِ Ų¹َŁ„َيۡكُŁ…ۡ Ų„ِŲ°ۡ Ų¬َŲ§ٓŲ”َŲŖۡكُŁ…ۡ Ų¬ُنُودٞ فَŲ£َŲ±ۡŲ³َŁ„ۡنَŲ§ Ų¹َŁ„َيۡهِŁ…ۡ Ų±ِيحٗŲ§ وَŲ¬ُنُودٗŲ§ Ł„َّŁ…ۡ ŲŖَŲ±َوۡهَŲ§ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ ŲØِŁ…َŲ§ ŲŖَŲ¹ۡŁ…َŁ„ُŁˆŁ†َ ŲØَŲµِيرًŲ§ Ł© Ų„ِŲ°ۡ Ų¬َŲ§ٓŲ”ُوكُŁ… Ł…ِّن فَوۡŁ‚ِكُŁ…ۡ وَŁ…ِنۡ Ų£َŲ³ۡفَŁ„َ Ł…ِŁ†ŁƒُŁ…ۡ وَŲ„ِŲ°ۡ Ų²َŲ§ŲŗَŲŖِ ٱلۡŲ£َŲØۡŲµَٰŲ±ُ وَŲØَŁ„َŲŗَŲŖِ ٱلۡŁ‚ُŁ„ُوبُ ٱلۡŲ­َنَŲ§Ų¬ِŲ±َ وَŲŖَŲøُنُّŁˆŁ†َ ŲØِٱللَّهِ ٱلظُّنُŁˆŁ†َŲ§۠ ٔ٠ هُنَŲ§Ł„ِكَ ٱبۡŲŖُŁ„ِيَ ٱلۡŁ…ُŲ¤ۡŁ…ِنُŁˆŁ†َ وَŲ²ُŁ„ۡŲ²ِŁ„ُواْ Ų²ِŁ„ۡŲ²َŲ§Ł„ٗŲ§ Ų“َŲÆِيدٗŲ§ ٔٔ وَŲ„ِŲ°ۡ يَŁ‚ُŁˆŁ„ُ ٱلۡŁ…ُنَٰفِŁ‚ُŁˆŁ†َ وَٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ فِي Ł‚ُŁ„ُوبِهِŁ… Ł…َّŲ±َŲ¶ٞ Ł…َّŲ§ وَŲ¹َŲÆَنَŲ§ ٱللَّهُ وَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„ُهُŪ„ٓ Ų„ِŁ„َّŲ§ ŲŗُŲ±ُورٗŲ§ ٔ٢
 
“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan ni‘mat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang kepadamu tentera-tentera, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (9) (Iaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatanmu dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka. (10). Di situlah diuji orang-orang Mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat. (11) Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata, ‘Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya.’ (12)” [Surah al-Ahzab: 9-12]
 
Allah mendedahkan kalangan yang banyak cakap dan dalihnya, sehingga mencetuskan keraguan bagi melawan musuh. Firman Allah SWT:
 
۞Ł‚َŲÆۡ يَŲ¹ۡŁ„َŁ…ُ ٱللَّهُ ٱلۡŁ…ُŲ¹َوِّŁ‚ِŁŠŁ†َ Ł…ِŁ†ŁƒُŁ…ۡ وَٱلۡŁ‚َŲ§ٓŲ¦ِŁ„ِŁŠŁ†َ Ł„ِŲ„ِŲ®ۡوَٰنِهِŁ…ۡ هَŁ„ُŁ…َّ Ų„ِŁ„َيۡنَŲ§ۖ وَŁ„َŲ§ يَŲ£ۡŲŖُŁˆŁ†َ ٱلۡŲØَŲ£ۡŲ³َ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ł‚َŁ„ِŁŠŁ„ًŲ§ ٔ٨
 
“Sesungguhnya, Allah mengetahui orang-orang yang menghalang-halangi antara kamu dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya, ‘Marilah kepada kami.’ Dan mereka tidak mendatangi peperangan melainkan sebentar.” [Surah al-Ahzab: 18]
 
Kedutaan Amerika Syarikat di Israel mengeluarkan kenyataan bahawa negara Israel sebenarnya bersempadan mulai Sungai Nil di Mesir sehingga Sungai Furat di Iraq. Kenyataan ini adalah mendukung perjuangan pelampau Yahudi yang berjuang bagi menegakkan Negara Israel Agung (Greater Israel).
 
Malangnya, negara jiran Palestin sangat dikecewakan. Sudah berlaku kebenaran al-Quran yang ditafsirkan oleh sabda Rasulullah SAW:
 
Ł„َŲ§ ŲŖَŲ²َŲ§Ł„ُ Ų·َŲ§Ų¦ِفَŲ©ٌ Ł…ِنْ Ų£ُŁ…َّŲŖِي Ų¹َŁ„َى الدِّŁŠŁ†ِ ŲøَاهِŲ±ِŁŠŁ†َ، Ł„َŲ¹َŲÆُوِّهِŁ…ْ Ł‚َاهِŲ±ِŁŠŁ†َ، Ł„َŲ§ يَŲ¶ُŲ±ُّهُŁ…ْ Ł…َنْ Ų®َŲ§Ł„َفَهُŁ…ْ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ł…َŲ§ Ų£َŲµَŲ§ŲØَهُŁ…ْ Ł…ِنْ Ł„َŲ£ْوَŲ§Ų”َ، Ų­َŲŖَّى يَŲ£ْŲŖِيَهُŁ…ْ Ų£َŁ…ْŲ±ُ اللهِ وَهُŁ…ْ كَŲ°َŁ„ِكَ.
 
“Terus-menerus dalam kalangan umatku adanya kumpulan yang bangkit menegakkan al-din (Islam yang sempurna), gagah perkasa menghadapi musuh, serta tidak mampu dihalang oleh sesiapa yang menentang mereka atau mengecewakan mereka, melainkan mereka menghadapi sedikit kesusahan, sehingga datangnya keputusan Allah (memenangkan mereka), mereka masih dalam keadaan demikian.”
 
Ł‚َŲ§Ł„ُوا: يَŲ§ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„َ اللهِ، وَŲ£َيْنَ هُŁ…ْ؟ Ł‚َŲ§Ł„َ: ‌ŲØِŲØَيْŲŖِ ‌Ų§Ł„ْŁ…َŁ‚ْŲÆِŲ³ِ، ‌وَŲ£َكْنَافِ ‌ŲØَيْŲŖِ ‌Ų§Ł„ْŁ…َŁ‚ْŲÆِŲ³ِ.
 
Apabila para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, di manakah mereka?” Baginda menjawab, “Di Bait al-Maqdis dan di sekeliling Bait al-Maqdis.” [Hadis riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, Musnad al-Ansar, no. 22320, daripada Abu Umamah al-Bahili]
 
Begitu juga dengan sebab nuzul firman Allah SWT:
 
وَŲ”َŲ§Ų®َŲ±ِŁŠŁ†َ Ł…ِنۡهُŁ…ۡ Ł„َŁ…َّŲ§ يَŁ„ۡŲ­َŁ‚ُواْ ŲØِهِŁ…ۡۚ وَهُوَ ٱلۡŲ¹َŲ²ِيزُ ٱلۡŲ­َكِŁŠŁ…ُ Ł£
 
“Dan juga (telah mengutus Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain daripada mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [Surah al-Jumu‘ah: 3]
 
Daripada Abu Hurairah RA, beliau menceritakan: Sedang kami (para sahabat) duduk bersama Nabi SAW, lalu turun kepada Baginda Surah al-Jumu‘ah (ayat 3), “Dan (Dia juga telah mengutus Nabi Muhammad) kepada kaum yang lain daripada mereka yang belum berhubungan dengan mereka.” Aku bertanya, “Siapakah mereka, wahai Rasulullah SAW?” Baginda tidak menjawab sehingga ditanya sebanyak tiga kali. Di sisi kami adanya Salman al-Farisi RA, lalu Rasulullah SAW meletakkan tangannya di atas badan Salman sambil bersabda, “Sekiranya iman itu bergantung di bintang Thurayya, nescaya ia dicapai oleh beberapa orang — atau seorang — lelaki daripada kalangan mereka (kaum Parsi).” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Qur’an, no. 4897, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab Fada’il al-Sahabah, no. 2546, dan lain-lain daripada Abu Hurairah. Lafaz bagi al-Bukhari]
 
Allah SWT menyebut firman-Nya daripada Ilmu-Nya yang dinyatakan daripada Kalam-Nya bahawa perjuangan Islam beralih daripada bangsa Arab yang lemah dan hina kepada bangsa lain yang bangkit mempertahankan Islam.
 
Antaranya, dua orang sahabat daripada bangsa Parsi, Salman al-Farisi RA yang menasihati strategi pertahanan Perang Ahzab, dan Bazan bin Sasan RA yang dilantik oleh Rasulullah SAW menjadi Amir (pemerintah) yang pertama di Yaman.
 
Republik Islam Iran merupakan satu-satunya negara yang membuat persediaan bagi menghadapi Zionis Yahudi dan sekutunya laksana bala tentera Ahzab. Malah, Iran secara terbuka bersama Palestin bagi mempertahankan tanah suci itu dan Masjid al-Aqsa dengan nyata pengorbanannya, bukan lakonan yang dituduh oleh kalangan yang berani mengatasi ilmu Allah Yang Maha Mengetahui segala yang nyata dan tersembunyi. Walaupun mereka bermazhab Syiah, mereka sanggup berkorban berjihad mempertahankan Palestin yang bermazhab Sunni.
 
Hal ini berbeza dengan pendirian ragu-ragu dalam kalangan negara Arab dan Islam, sehingga ada yang bersekongkol dengan musuh, serta ada yang berlagak berkecuali menjadi pendamai dan ada juga yang membisu. Berbeza dengan majoriti umat Islam yang masih ada persaudaraan iman dalam jiwanya yang tetap bersama Palestin dan Iran yang kini menjadi sasaran serangan musuh Islam.
 
Sekarang Allah SWT mentafsirkan firman-Nya:
 
يَŲ­ۡŲ³َŲØُŁˆŁ†َ ٱلۡŲ£َŲ­ۡŲ²َŲ§ŲØَ Ł„َŁ…ۡ يَŲ°ۡهَŲØُواْۖ وَŲ„ِن يَŲ£ۡŲŖِ ٱلۡŲ£َŲ­ۡŲ²َŲ§ŲØُ يَوَŲÆُّواْ Ł„َوۡ Ų£َنَّهُŁ… ŲØَŲ§ŲÆُŁˆŁ†َ فِي ٱلۡŲ£َŲ¹ۡŲ±َŲ§ŲØِ يَŲ³ۡ‍َٔŁ„ُŁˆŁ†َ Ų¹َنۡ Ų£َنۢŲØَŲ§ٓŲ¦ِكُŁ…ۡۖ وَŁ„َوۡ كَانُواْ فِيكُŁ… Ł…َّŲ§ Ł‚َٰŲŖَŁ„ُوٓŲ§ْ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ł‚َŁ„ِŁŠŁ„ٗŲ§ ٢٠ Ł„َّŁ‚َŲÆۡ كَانَ Ł„َكُŁ…ۡ فِي Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ِ ٱللَّهِ Ų£ُŲ³ۡوَŲ©ٌ Ų­َŲ³َنَŲ©ٞ Ł„ِّŁ…َن كَانَ يَŲ±ۡŲ¬ُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡŁ…َ ٱلۡŲ£ٓŲ®ِŲ±َ وَŲ°َكَŲ±َ ٱللَّهَ كَŲ«ِيرٗŲ§ ٢ٔ وَŁ„َŁ…َّŲ§ Ų±َŲ”َŲ§ ٱلۡŁ…ُŲ¤ۡŁ…ِنُŁˆŁ†َ ٱلۡŲ£َŲ­ۡŲ²َŲ§ŲØَ Ł‚َŲ§Ł„ُواْ هَٰŲ°َŲ§ Ł…َŲ§ وَŲ¹َŲÆَنَŲ§ ٱللَّهُ وَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„ُهُŪ„ وَŲµَŲÆَŁ‚َ ٱللَّهُ وَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„ُهُŪ„ۚ وَŁ…َŲ§ Ų²َŲ§ŲÆَهُŁ…ۡ Ų„ِŁ„َّŲ§ٓ Ų„ِŁŠŁ…َٰنٗŲ§ وَŲŖَŲ³ۡŁ„ِŁŠŁ…ٗŲ§ ٢٢ Ł…ِّنَ ٱلۡŁ…ُŲ¤ۡŁ…ِنِŁŠŁ†َ Ų±ِŲ¬َŲ§Ł„ٞ ŲµَŲÆَŁ‚ُواْ Ł…َŲ§ Ų¹َٰهَŲÆُواْ ٱللَّهَ Ų¹َŁ„َيۡهِۖ فَŁ…ِنۡهُŁ… Ł…َّن Ł‚َŲ¶َىٰ نَŲ­ۡŲØَهُŪ„ وَŁ…ِنۡهُŁ… Ł…َّن يَنتَŲøِŲ±ُۖ وَŁ…َŲ§ ŲØَŲÆَّŁ„ُواْ ŲŖَŲØۡŲÆِŁŠŁ„ٗŲ§ ٢٣ Ł„ِّيَŲ¬ۡŲ²ِيَ ٱللَّهُ ٱلصَّٰŲÆِŁ‚ِŁŠŁ†َ ŲØِŲµِŲÆۡŁ‚ِهِŁ…ۡ وَيُŲ¹َŲ°ِّŲØَ ٱلۡŁ…ُنَٰفِŁ‚ِŁŠŁ†َ Ų„ِن Ų“َŲ§ٓŲ”َ Ų£َوۡ يَŲŖُوبَ Ų¹َŁ„َيۡهِŁ…ۡۚ Ų„ِنَّ ٱللَّهَ كَانَ ŲŗَفُورٗŲ§ Ų±َّŲ­ِŁŠŁ…ٗŲ§ ٢٤
 
“Mereka mengira (bahawa) golongan-golongan yang bersekutu itu belum pergi; dan jika golongan-golongan yang bersekutu itu datang kembali, nescaya mereka ingin berada di dusun-dusun bersama-sama orang Arab Badwi, sambil bertanyakan tentang berita-beritamu. Dan sekiranya mereka berada bersama kamu, mereka tidak akan berperang, melainkan sebentar saja. (20) Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (21) Dan tatkala orang-orang Mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata, ‘Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita.’ Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan. (22) Antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka antara mereka ada yang gugur. Dan antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya), (23) supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya, dan menyeksa orang munafiq jika dikehendaki-Nya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (24)” [Surah al-Ahzab: 20-24]
 
Bandingkan antara kalangan mereka yang berwala’ membantu serta memberi kemudahan kepada Zionis dan sekutunya dengan menjadikan buminya sebagai pangkalan untuk menyerang tanah air Islam dan membunuh umatnya yang mengucap kalimah syahadah serta menghadap kiblat tanpa mengira mazhab, dengan kalangan yang menentang musuh yang menakluk Bait al-Maqdis Tanah Suci Islam, iaitu mereka yang berjihad menghadapi musuh Islam sehingga mengorbankan harta dan nyawa. Mereka itulah yang menyahut seruan Allah SWT melalui firman-Nya:
 
وَŁ…َŲ§ Ł„َكُŁ…ۡ Ł„َŲ§ ŲŖُŁ‚َٰŲŖِŁ„ُŁˆŁ†َ فِي Ų³َŲØِŁŠŁ„ِ ٱللَّهِ وَٱلۡŁ…ُŲ³ۡŲŖَŲ¶ۡŲ¹َفِŁŠŁ†َ Ł…ِنَ ٱلرِّŲ¬َŲ§Ł„ِ وَٱلنِّŲ³َŲ§ٓŲ”ِ وَٱلۡوِŁ„ۡŲÆَٰنِ ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ يَŁ‚ُŁˆŁ„ُŁˆŁ†َ Ų±َŲØَّنَŲ§ٓ Ų£َŲ®ۡŲ±ِŲ¬ۡنَŲ§ Ł…ِنۡ هَٰŲ°ِهِ ٱلۡŁ‚َŲ±ۡيَŲ©ِ ٱلظَّŲ§Ł„ِŁ…ِ Ų£َهۡŁ„ُهَŲ§ وَٱجۡŲ¹َŁ„ Ł„َّنَŲ§ Ł…ِن Ł„َّŲÆُŁ†Łƒَ وَŁ„ِيّٗŲ§ وَٱجۡŲ¹َŁ„ Ł„َّنَŲ§ Ł…ِن Ł„َّŲÆُŁ†Łƒَ نَŲµِيرًŲ§ ٧ل ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َنُواْ يُŁ‚َٰŲŖِŁ„ُŁˆŁ†َ فِي Ų³َŲØِŁŠŁ„ِ ٱللَّهِۖ وَٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ كَفَŲ±ُواْ يُŁ‚َٰŲŖِŁ„ُŁˆŁ†َ فِي Ų³َŲØِŁŠŁ„ِ ٱلطَّŁ€ٰŲŗُوتِ فَŁ‚َٰŲŖِŁ„ُوٓŲ§ْ Ų£َوۡŁ„ِيَŲ§ٓŲ”َ ٱلَّؓيۡŲ·َٰنِۖ Ų„ِنَّ كَيۡŲÆَ ٱلَّؓيۡŲ·َٰنِ كَانَ Ų¶َŲ¹ِيفًŲ§ ٧٦ Ų£َŁ„َŁ…ۡ ŲŖَŲ±َ Ų„ِŁ„َى ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ Ł‚ِŁŠŁ„َ Ł„َهُŁ…ۡ كُفُّوٓŲ§ْ Ų£َيۡŲÆِيَكُŁ…ۡ وَŲ£َŁ‚ِŁŠŁ…ُواْ ٱلصَّŁ„َوٰŲ©َ وَŲ”َŲ§ŲŖُواْ ٱلزَّكَوٰŲ©َ فَŁ„َŁ…َّŲ§ كُŲŖِŲØَ Ų¹َŁ„َيۡهِŁ…ُ ٱلۡŁ‚ِŲŖَŲ§Ł„ُ Ų„ِŲ°َŲ§ فَŲ±ِŁŠŁ‚ٞ Ł…ِّنۡهُŁ…ۡ يَŲ®ۡŲ“َوۡنَ ٱلنَّŲ§Ų³َ كَŲ®َŲ“ۡيَŲ©ِ ٱللَّهِ Ų£َوۡ Ų£َŲ“َŲÆَّ Ų®َŲ“ۡيَŲ©ٗۚ وَŁ‚َŲ§Ł„ُواْ Ų±َŲØَّنَŲ§ Ł„ِŁ…َ كَŲŖَŲØۡŲŖَ Ų¹َŁ„َيۡنَŲ§ ٱلۡŁ‚ِŲŖَŲ§Ł„َ Ł„َوۡŁ„َŲ§ٓ Ų£َŲ®َّŲ±ۡŲŖَنَŲ§ٓ Ų„ِŁ„َىٰٓ Ų£َŲ¬َŁ„ٖ Ł‚َŲ±ِيبٖۗ Ł‚ُŁ„ۡ Ł…َŲŖَٰŲ¹ُ ٱلدُّنۡيَŲ§ Ł‚َŁ„ِŁŠŁ„ٞ وَٱلۡŲ£ٓŲ®ِŲ±َŲ©ُ Ų®َيۡŲ±ٞ Ł„ِّŁ…َنِ ٱتَّŁ‚َىٰ وَŁ„َŲ§ ŲŖُŲøۡŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َ فَŲŖِŁŠŁ„ًŲ§ ٧٧
 
“Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa, ‘Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Makkah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!’ (75) Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Taghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah. (76) Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, ‘Tahanlah tanganmu (daripada berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!’ Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian daripada mereka (golongan munafiq) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat daripada itu takutnya. Mereka berkata, ‘Ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan (kewajipan berperang) kepada kami sampai kepada beberapa waktu lagi?’ Katakanlah, ‘Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa, dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun.’ (77)” [Surah al-Nisa’: 75-77]
 
Ada daripada kalangan Syiah yang bersorak gembira apabila gugurnya Ayatollah Ali Khamenei kerana dianggap telah membinasakan Syiah dan mempertahankan Sunni. Malah, ada juga daripada kalangan Sunni yang bersorak gembira kerana hanya berlakon sehingga mati bersama keluarga mereka dibunuh sepertimana yang dinyatakan oleh Allah SWT:
 
Ų„ِنَّ ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ يَكۡفُŲ±ُŁˆŁ†َ ŲØِ‍َٔايَٰŲŖِ ٱللَّهِ وَيَŁ‚ۡŲŖُŁ„ُŁˆŁ†َ ٱلنَّŲØِيِّ‍ۧنَ ŲØِŲŗَيۡŲ±ِ Ų­َŁ‚ّٖ وَيَŁ‚ۡŲŖُŁ„ُŁˆŁ†َ ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ يَŲ£ۡŁ…ُŲ±ُŁˆŁ†َ ŲØِٱلۡŁ‚ِŲ³ۡŲ·ِ Ł…ِنَ ٱلنَّŲ§Ų³ِ فَŲØَŲ“ِّŲ±ۡهُŁ… ŲØِŲ¹َŲ°َŲ§ŲØٍ Ų£َŁ„ِŁŠŁ…ٍ ٢ٔ Ų£ُوْŁ„َŁ€ٰٓŲ¦ِكَ ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų­َŲØِŲ·َŲŖۡ Ų£َŲ¹ۡŁ…َٰŁ„ُهُŁ…ۡ فِي ٱلدُّنۡيَŲ§ وَٱلۡŲ£ٓŲ®ِŲ±َŲ©ِ وَŁ…َŲ§ Ł„َهُŁ… Ł…ِّن نَّŁ€ٰŲµِŲ±ِŁŠŁ†َ ٢٢
 
“Sesungguhnya, orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka bahawa mereka akan menerima seksa yang pedih. (21) Mereka itu adalah orang-orang yang lenyap (pahala) amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong. (22)” [Surah Ali ‘Imran: 21-22]
 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
 
Bertarikh: 17 Ramadan 1447 / 7 Mac 2026
 
[Bil: 17 / 2026]

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo