NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zamri Dakwa Diserang, Kaitkan Kenyataan Ahli Parlimen Jelutong

BANGI, 8 Mac – Pendakwa bebas, Zamri Vinoth mendakwa insiden serangan terhadapnya semalam menunjukkan mengapa pihak polis perlu menyiasat individu termasuk Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Pengasas Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) itu berkata, insiden tersebut dilihat berkait dengan kenyataan Rayer yang mengaitkan unsur perkauman dan agama terhadap usaha mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap sebuah kuil yang didakwa dibina secara haram di hadapan Hospital Bukit Mertajam.

Sebelum ini, Zamri memaklumkan bahawa satu himpunan akan diadakan di hadapan hospital berkenaan bagi mendesak tindakan terhadap pengurusan kuil yang didakwa menceroboh dan mendirikan binaan tanpa kebenaran.

Bagaimanapun, beliau berkata lokasi himpunan itu diubah pada saat akhir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (PERDA) selepas pihak polis menasihatkan agar tidak mengadakan perhimpunan di lokasi asal.

Menurut Zamri, ketika kejadian berlaku beliau tidak berada di kawasan kuil atau hospital berkenaan, sebaliknya dalam perjalanan menuju ke IPD PERDA.

“Inilah kenapa saya sifatkan kenyataan Rayer sebagai bahaya. Kita sudah jelaskan tujuan himpunan ialah untuk mendesak tindakan terhadap kuil yang didakwa menceroboh.

Beliau turut mendakwa kedudukan kuil yang berhampiran laluan pintu masuk hospital boleh mendatangkan risiko, khususnya ketika berlaku kecemasan.

“Tetapi kenyataan Rayer seolah-olah menggambarkan kami datang untuk merobohkan kuil itu dan ini mencetuskan salah faham serta membangkitkan kemarahan penganut agama Hindu di kawasan berkenaan,” katanya kepada TV Pertiwi.

Dakwa Dihalang dan Diserang

Mengulas mengenai kejadian itu, Zamri berkata beliau tidak mengalami kecederaan dan berjaya melarikan diri.

Beliau mendakwa insiden berlaku sekitar jam 3 petang ketika hendak keluar dari kediamannya di Aston Acacia Residence.

Menurutnya, sebuah motosikal menghalang laluan keretanya sebelum sekumpulan individu datang menghampiri dan dipercayai cuba menyerangnya dengan senjata.

“Saya terpaksa memecut kereta sehingga terlanggar dua individu dan motosikal yang menghalang laluan. Mereka kemudian mencampakkan batu sehingga memecahkan cermin kereta sebelah kiri bahagian penumpang hadapan,” katanya.

Zamri berkata beliau telah membuat laporan polis berhubung insiden itu dan mendesak pihak berkuasa menahan individu yang terlibat, termasuk Rayer serta seorang lagi individu dikenali sebagai David Marshall.

Rakaman kejadian tersebut dilaporkan tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.

Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini, Rayer menafikan laporan polis yang dibuat terhadap Zamri bertujuan mencetuskan sebarang serangan terhadap aktivis berkenaan.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo