BANGI, 26 RAMADAN – Satu akaun TikTok telah dikesan menggunakan nama Tamim Dahri dengan tujuan untuk menghina aktivis itu serta beberapa individu lain yang membangkitkan isu binaan rumah anutan haram.
Pemerhatian TV Pertiwi terhadap akaun itu mendapati, pemegang akaun itu menggunakan imej janaan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan dan memuat naik gambar berbentuk menghina Tamim dan pendakwah bebas seperti Zamri Vinoth dan aktivis, S Chandrasegaran atau lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra.
Akaun yang mempunyai 618 Followers serta 5,590 Likes ini dipercayai mula dicipta sejak 1 minggu lalu berdasarkan hantaran pertama yang dimuatnaik.
Selain menghina beberapa individu terbabit, kelihatan juga kandungan yang menyindir dan memfitnah Islam kononnya agama ini mengajar umatnya menghina agama lain.
Akaun TikTok dengan nama tamim.dahri2 ini dikongsikan oleh orang awam kepada TV Pertiwi yang meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang ‘bermain kotor’ kerana tidak mampu melawan hujah dibangkitkan.
Justeru, beliau berkongsikan link akaun TikTok berkenaan dengan harapan orang ramai akan bersama-sama membuat laporan bagi menyekat kandungan berbentuk penghinaan itu.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment