NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua Pembangkang: Lantik Dr Sam atau Takiyudin, selaras gerak kerja PN – Zaharudin



KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Pas Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad menyifatkan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar jauh baik dilantik sebagai Ketua Pembangkang, berbanding Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Ini kerana kata menantu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkenaan, ia penting bagi keselarasan gerak kerja dalam Perikatan Nasional (PN).

Jelas beliau, sekiranya Hamzah kekal sebagai Ketua Pembangkang, boleh wujud situasi di mana berlakunya percanggahan yang dibuat PN dengan Ketua Pembangkang termasuk di Parlimen.

Bagaimanapun, tambah Zaharudin, bagi jawatan Perdana Menteri, beliau konsisten dengan pendirian sama ada Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man atau Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad dicalonkan bagi jawatan itu mewakili Pas.

Ini kerana, jelasnya, jawatan Ketua Pembangkang di dalam Parlimen tidak melibatkan pentadbiran negara atau pentadbiran Kerajaan Pusat.

“Semoga semua MP PN dapat memilih Dr Sam atau DS Takiyudin sebagai ketua pembangkang.

“Saya ulang sekali lg, untuk PM tetap DS Tuan Ibrahim atau YB Datuk Ustaz Idris Ahmad (jika PM adalah daripada PAS),” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Semalam, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, kedudukan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen bergantung kepada sokongan majoriti Ahli Parlimen pembangkang, bukannya ditentukan oleh mana-mana parti secara bersendirian.

Menurut beliau, sekiranya majoriti Ahli Parlimen pembangkang tidak lagi mahukan beliau memegang jawatan itu, beliau bersedia dan akur dengan keputusan berkenaan. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo