NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pijak al-Quran cabar umat Islam, berpotensi cetus ketegangan – Mahfodz



JOHOR BAHRU – Kerajaan dan pihak berkuasa bertindak segera, jelas dan tegas dalam isu penuntut lelaki sebuah universiti yang memuat naik gambar memijak al-Quran di laman Thread baru-baru ini.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, langkah itu akan menghantar mesej jelas kepada rakyat iaitu negara ini tidak pernah berkompromi dalam soal penghinaan agama.

“Keamanan negara hanya terpelihara apabila sempadan (had dan sensitiviti) dihormati. Pihak berkuasa wajib mengambil tindakan undang-undang secara tegas dan menyeluruh.

“Kegagalan bertindak hanya akan menggalakkan pengulangan provokasi yang lebih berani pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mahfodz berkata, keharmonian masyarakat tidak boleh dibina dengan menggadaikan maruah agama.

Jelasnya, toleransi bermaksud saling menghormati bukan membiarkan penghinaan berlaku tanpa hukuman.

Beliau mengingatkan kebebasan bersuara tidak merangkumi kebebasan menghina, hakikatnya tiada masyarakat bertamadun membenarkan kitab sucinya dipijak atas nama kebebasan.

Menghina kitab suci al-Quran, katanya, bukan sahaja ancaman kepada perpaduan negara bahkan boleh mengancam keselamatan negara.

“Islam mengajar umatnya menghormati semua pihak namun dalam masa yang sama menuntut pemeliharaan kesucian agama,” tegasnya lagi.

Justeru, katanya, ketegasan mempertahankan kehormatan al-Quran adalah sebahagian daripada tanggungjawab memelihara keamanan masyarakat.

Pas Johor mengecam sekeras-kerasnya tindakan menghina Islam sehingga ke peringkat memijak al-Quran yang berlaku di negara ini.

“Perbuatan tersebut bukan sekadar salah laku individu tetapi satu penghinaan terbuka terhadap agama Persekutuan, mencabar kesabaran umat Islam serta berpotensi mencetuskan ketegangan masyarakat,” katanya.

Negara tidak boleh membiarkan perbuatan sebegini dianggap sebagai kes terpencil atau kesilapan kecil, katanya.

“Penghinaan terhadap al-Quran merupakan satu garis merah yang tidak boleh direndahkan atas apa jua alasan,” katanya. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo