NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 6,663 orang malam ini



KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 6,663 orang daripada 2,331 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 6,655 orang daripada 2,326 keluarga yang direkodkan 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan daerah Beaufort menunjukkan trend peningkatan mangsa, iaitu 1,548 orang daripada 545 keluarga berbanding 1,529 orang daripada 535 keluarga.

Jumlah mangsa di dua daerah lagi masih kekal, iaitu Tenom dengan 4,345 orang daripada 1,467 keluarga dan Membakut (441 orang,173 keluarga) manakala di Sipitang, jumlah mangsa berkurang kepada 329 daripada 146 keluarga berbanding 340 orang daripada 151 keluarga.

Kesemua mereka ditempatkan di 31 pusat pemindahan sementara, yang dibuka sejak Rabu lepas melibatkan 177 kampung di empat daerah berkenaan yang turut terjejas dengan bencana banjir. – BERNAMA






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo