NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda MCA gesa Azam digantikan sementara, sokong tubuh RCI



KUALA LUMPUR – Lantaran itu, Pemuda MCA sekali lagi menggesa perdana menteri menggantikan sementara kedudukan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga siasatan berkaitan kontroversi pemilikan saham dan pertikaian lain selesai.

Setiausaha agungnya, Saw Yee Fung berhujah, bagaimana siasatan ke atas Azam boleh benar-benar bebas, telus, dan adil apabila beliau masih memegang jawatan dan terus berkuasa.

“Jika kredibiliti badan anti-rasuah dipersoalkan, kuasa rangka kerja anti-rasuah negara akan terjejas dengan teruk. Akhirnya, tadbir urus negara, keyakinan pelabur, dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan akan terjejas,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Pemuda MCA menyokong kenyataan bersama yang ditandatangani oleh lebih 50 pertubuhan masyarakat sivil dan individu yang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)  bagi menyiasat dakwaan yang dihadapi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Azam.

Bahkan, Pemuda MCA turut mencadangkan siasatan ini dipimpin oleh bekas Ketua Hakim Tengku Maimun Tuan Mat bagi memastikan kredibiliti dan kebebasan proses.

Pada masa sama, Pemuda MCA turut menuntut kerajaan  menunaikan janji terhadap pembaharuan institusi dengan mempercepatkan reformasi menyeluruh terhadap rangka kerja SPRM, dalam memastikan badan anti-rasuah ini benar-benar bebas, telus, dan bertanggungjawab kepada Parlimen.

elasnya, pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak lagi wajar bergantung sepenuhnya kepada perdana menteri, sebaliknya, ia perlu dibuat melalui Parlimen, dengan pejabat Ketua Pesuruhjaya melapor terus kepada Parlimen.

Hanya melalui langkah ini, sistem semak dan imbang yang sebenar dapat diwujudkan dan campur tangan politik dapat dielakkan supaya tidak menjejaskan kemerdekaan institusi anti-rasuah, kata beliau lagi.

Yee Fung menegaskan, hanya siasatan yang diketuai oleh individu berintegriti tidak akan dipertikaikan, dan pengalaman kehakiman, dan bebas sepenuhnya boleh memulihkan keyakinan orang ramai terhadap proses siasatan dan mengelakkan persepsi ia adalah perlindungan politik atau penutup kes dalaman.

“Sekiranya perdana menteri dan Kerajaan Perpaduan benar-benar komited untuk membanteras rasuah, mereka mesti berdepan dan membetulkan kekurangan struktur serius dalam SPRM.

Apatah lagi, katanya, pada masa ini, perdana menteri mempunyai pengaruh besar terhadap pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Ujar beliau, ini jelas merupakan pelantikan politik yang tiada mekanisme pengawasan khusus. Oleh itu, SPRM mesti bertanggungjawab kepada Parlimen, bukan hanya kepada eksekutif.

“SPRM mempunyai kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan serta ditugaskan mengawasi pihak berkuasa awam lain. Namun secara institusi, ia kekurangan mekanisme pengawasan luaran yang kukuh dan bebas. Apabila kepimpinan tertinggi badan anti-rasuah sendiri terlibat dalam isu integriti, ia bukan perkara kecil, ia menjejaskan asas sistem anti-rasuah negara.

“Kami menegaskan jika integriti kepimpinan agensi anti-rasuah dipersoalkan, keyakinan orang ramai terhadap keseluruhan sistem kehakiman dan tadbir urus akan terhakis.

Yee Fung juga menekankan dakwaan laporan Bloomberg yang mendakwa adanya kerjasama antara pegawai kanan SPRM dan tokoh perniagaan untuk menekan pesaing dan mengatur pengambilalihan syarikat telah menimbulkan cabaran serius terhadap kredibiliti Ketua Pesuruhjaya SPRM dan institusi itu sendiri.

Jelasnya, jika kerajaan gagal menangkis keraguan awam dengan segera, kredibiliti SPRM akan runtuh sepenuhnya dan rakyat akan hilang kepercayaan terhadap badan anti-rasuah negara, tegasnya. – MalaysiaGazette













........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo