KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kabinet akan mengadakan mesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan berkenaan Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART 2025) dengan Amerika Syarikat (AS).
Menurut Perdana Menteri, beliau telah mendapat penjelasan berhubung perkembangan terbaharu ART itu daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan akan meneliti mengenainya sebelum keputusan muktamad dibuat.
Dalam masa sama, ujar beliau, koordinasi juga sedang dijalankan dengan Washington dan negara-negara ASEAN lain berhubung perkara tersebut.
“Datuk Johari telah bagi penjelasan, kita akan dapat penjelasan teliti, baharu kita akan beri maklum balas. Tunggu mesyuarat Jumaat ini, kemudian kita tengok macam mana tindakannya,” katanya yang juga Menteri Kewangan.
Terdahulu, Johari berkata, kerajaan sedang memantau rapat perkembangan serta dasar terkini di AS susulan keputusan Mahkamah Agung negara itu membatalkan tarif timbal balas oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.
Johari menerusi kenyataan berkata, Malaysia telah menandatangani ART itu namun belum meratifikasikannya.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh AS, negara itu masih mempunyai mekanisme undang-undang lain untuk mengenakan langkah perdagangan termasuk tarif unilateral sekiranya ia memilih untuk berbuat demikian. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment