NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘You Never Walk Alone’, kita sama-sama lawan DAP




KUALA LUMPUR
: Ketua Pemuda PAS, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh atas prinsip berani yang ditonjolkan pemimpin muda itu.

Sokongan itu dinyatakan susulan pengumuman Akmal melepaskan jawatannya sebagai Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Melaka, hari ini.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Afnan menegaskan bahawa Akmal tidak bersendirian dalam perjuangan tersebut, terutamanya dalam menghadapi musuh politik yang sama.

“Tahniah brother atas prinsip! Kita sama-sama lawan DAP! You Never Walk Alone,” tulisnya yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN).

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Alor Setar itu turut menekankan bahawa politik seharusnya menjadi medan untuk menyemarakkan kesatuan, bukannya perpecahan.

Justeru, beliau mengajak anak muda untuk bersama-sama membina landskap politik baharu Malaysia yang lebih matang dan sejahtera.

“Ummat ini akan kuat jika tidak berpecah. Politik mesti menyatukan, bukan memecahkan.

“Agenda penyatuan mengatasi agenda peribadi. Semoga ada cahaya yang bersinar. Tahniah sahabat! Kita buat kasi jadi!” katanya lagi.

Terdahulu, Akmal ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkuat kuasa minggu depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menjelaskan, keputusan berat tersebut diambil bagi membuktikan beliau membawa suara akar umbi yang keresahan, selepas berbincang dengan Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan akan kekal memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno. – HARAKAHDAILY 15/1/2026








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo