NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Masih ada penolakan akar umbi UMNO terhadap DAP – Mahdzir Khalid



  • Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengakui wujud sentimen penolakan dalam kalangan akar umbi terhadap kerjasama BN bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan, yang antaranya berkait dengan penglibatan DAP.
  • “Sentimen yang berkaitan dengan DAP bersama dengan dalam kerajaan perpaduan itu ada semacam penolakan,” katanya kepada The Merdeka Times.
  • Bagaimanapun katanya, keputusan parti tetap diterima secara kolektif oleh semua ahli kerana perkara itu telah dijelaskan Presiden UMNO sebelum ini dan merupakan satu realiti yang perlu difahami dalam konteks politik semasa.

KUALA LUMPUR –  Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengakui wujud sentimen penolakan dalam kalangan akar umbi terhadap kerjasama Barisan Nasional (BN) bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan, yang antaranya berkait dengan penglibatan DAP.

“Sentimen yang berkaitan dengan DAP bersama dengan dalam kerajaan perpaduan itu ada semacam penolakan,” katanya kepada The Merdeka Times.

Bagaimanapun katanya, keputusan parti tetap diterima secara kolektif oleh semua ahli kerana perkara itu telah dijelaskan Presiden UMNO sebelum ini dan merupakan satu realiti yang perlu difahami dalam konteks politik semasa.

“Saya ingat ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dah cukup jelas. Maknanya Yang Amat Berhormat Datuk Seri Presiden UMNO telah menjelaskan bahawa semacam penolakan di bawah dengan Barisan Nasional bersama dengan Pakatan Harapan,” katanya kepada The Merdeka Times.

Ia susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa terdapat pihak tertentu yang cuba memberi lamaran kepada UMNO untuk bersama-sama membentuk sebuah kerajaan baharu.

Namun, Ahmad Zahid menegaskan bahawa UMNO tidak akan mengkhianati rakan politiknya dan akan kekal setia bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan bagi mentadbir negara.

“Memang ada tawaran terhidang, ada yang merisik, ada yang datang cuba meminang. Namun sehingga hari ini, UMNO tetap melaksanakan amanah negara dan menyokong Kerajaan Perpaduan.

“Selagi asas negara dihormati, tiada yang dimungkiri, keikhlasan tidak dikhianati, UMNO akan memainkan peranan dengan penuh tanggungjawab,” katanya.

Lagipun katanya, kerajaan Perpaduan yang dibentuk kini telah memasuki tahun ketiga, justeru kerjasama tersebut bukanlah sesuatu yang baharu.

Mengulas perdebatan dan pandangan berbeza yang mungkin timbul, beliau berpandangan ia merupakan perkara biasa dalam politik dan bergantung kepada bagaimana isu tersebut dibentangkan ahli parti dalam  Perhimpunan Agung UMNO.

“Jadi saya fikir perdebatan nanti akan kita tengok macam mana ahli-ahli panel ataupun pendebat-pendebat nanti akan bawa dalam debat itu,” jelasnya.

Beliau menegaskan tidak wujud pertembungan dalaman parti kerana keputusan muktamad dibuat secara kolektif melalui Majlis Kerja Tertinggi.

“Saya fikir tak ada pertembungan dalam kalangan parti. Keputusan akhirnya keputusan Majlis Tinggi itu, keputusan diterima oleh semua ahli,” katanya.

Tambah beliau, budaya parti UMNO menekankan prinsip menerima keputusan majoriti.

Sementara itu, Mahdzir mempertahankan tindakan dan pendirian sayap Pemuda UMNO yang sering dilihat sebagai lantang dan mendesak.

“Pada saya itulah tugas sebagai Pemuda, Pemuda ini dia pendesak dan mendesak.

“Sebenarnya perkara desakan ini, telah lama dipraktikkan, jadi tak perlu nak soalkan tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh,” katanya. – The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo