NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nazri tegur DAP: Pertahankan hak Melayu bukan rasis



  • Veteran UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan bahawa UMNO tidak pernah lari daripada tanggungjawab mempertahankan hak-hak Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dan tindakan itu tidak boleh dilabel sebagai rasis.
  • Menurut beliau, kritikan dan serangan terhadap UMNO khususnya sayap Pemuda oleh DAP adalah tidak wajar, apatah lagi ketika kedua-dua parti berada dalam Kerajaan Perpaduan.
  • Nazri berkata, pihak yang menentang usaha mempertahankan hak Melayu sebenarnya bersikap rasis kerana menolak perkara yang telah dipersetujui dalam Perlembagaan.

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan bahawa UMNO tidak pernah lari daripada tanggungjawab mempertahankan hak-hak Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dan tindakan itu tidak boleh dilabel sebagai rasis.

Menurut beliau, kritikan dan serangan terhadap UMNO khususnya sayap Pemuda oleh DAP adalah tidak wajar, apatah lagi ketika kedua-dua parti berada dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kita sudah tentulah sebagai sebuah parti Melayu kita mesti pertahankan hak-hak Melayu. Tak boleh lari. 

“Saya setuju dengan ucapan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh semalam dalam kita mempertahankan hak Melayu ini kita hanya mempertahankan Perlembagaan,” katanya kepada The Merdeka Times.

Nazri berkata, pihak yang menentang usaha mempertahankan hak Melayu sebenarnya bersikap rasis kerana menolak perkara yang telah dipersetujui dalam Perlembagaan.

Mengulas isu berkaitan tindakan Pemuda UMNO mempertahankan Perlembagaan negara, beliau menegaskan bahawa ia sepatutnya menjadi perjuangan bersama semua pihak tanpa mengira parti.

“Kalau Ketua Pemuda dia menegur seseorang, sebagai contohlah bendera terbalik ke apa ke, jadi tak perlulah DAP serang Ketua Pemuda. 

“Kerana mempertahankan bendera kita ini seharusnya menjadi perjuangan kita bersama,” tegasnya.

Katanya lagi, sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada negara, setiap pihak perlu mempertahankan maruah simbol negara dan bukannya saling menyerang.

Nazri turut mempersoalkan sikap DAP yang menurutnya sering menyerang Pemuda UMNO setiap kali isu dibangkitkan.

“Yang peliknya DAP ini, apa saja isu yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda dia yang serang walhal apa yang dia nak lakukan ialah mempertahankan Perlembagaan kita.

“Jadi sebab itu, memang patutlah orang Melayu marah sangat orang UMNO bersama dengan DAP. Mereka (DAP) dia kena ingat mereka bukan dalam pembangkang.

“DAP dan UMNO bersama dalam Kerajaan Perpaduan, justeru itu, tidak lagi boleh bersikap macam pembangkang dulu,” jelasnya.

Tambahnya, DAP perlu lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan dalam Kerajaan Perpaduan.

Nazri menegaskan bahawa perbezaan pendapat dalam parti atau gabungan tidak seharusnya dianggap sebagai pertembungan ketika mengulas mengenai terdapat ahli UMNO yang setuju dan tidak setuju dengan tindakan Ketua Pemuda.

Beliau berkata, keputusan muktamad terletak kepada pucuk pimpinan parti termasuk Presiden UMNO dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Sementara itu, ketika mengulas kedudukan UMNO dalam kerajaan, Nazri mengingatkan bahawa parti itu kini berada dalam keadaan berkuasa dan tidak seharusnya melepaskan kedudukan tersebut.

“Kita tubuh parti politik inilah kerana untuk kita nak mendapatkan kuasa. Sekarang kita berkuasa. 

“Jadi, mengapa kita nak melepaskan kuasa pemerintah kepada pihak lain pula?” soalnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh isu peletakan jawatan Ketua Pemuda UMNO sebagai EXCO negeri dan menyifatkannya sebagai satu tindakan bertanggungjawab. – The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo