NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Haramkan NGO dukung agenda LGBT di Malaysia




KUALA LUMPUR
: Kerajaan diminta bertindak lebih tegas termasuk mengharamkan pendaftaran badan bukan kerajaan (NGO) yang didapati mendokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini terutama di media sosial.

Pengerusi Lajnah Dakwah, Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ashraf Rifaie Azhar berkata, kini gerakan itu dilihat semakin agresif mempromosikan agenda secara terbuka.

Menurutnya, ‘Glamping With Pride’ anjuran sebuah NGO baru-baru ini terpaksa telah dibatalkan selepas program itu tular dan mendapat bantahan keras daripada masyarakat dan juga agensi penguatkuasa agama Islam.

“Akaun media sosial, halaman (pages) serta profil pertubuhan pro LGBTQ ini dibiarkan (bebas) memaparkan kandungan menormalisasikan gaya hidup songsang, seolah-olah ia sesuatu yang sah dan diterima umum.

“Keadaan ini amat membimbangkan apabila anak-anak muda dan generasi baharu yang sebahagian besar masa mereka terdedah kepada skrin gajet dan media digital menjadi sasaran paling mudah kepada usaha ini,” katanya.

Tambah Ashraf, pihaknya turut mempersoalkan langkah kerajaan yang dilihat lebih laju mengenakan tindakan terhadap kandungan, halaman atau akaun media sosial yang bermotifkan politik berbanding kumpulan LGBT.

Sehubungan itu, beliau mengesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya sentiasa menjalankan pemantauan proaktif dan menyeluruh terhadap kandungan digital yang mempromosikan agensi LGBT di negara ini.

Beliau juga menggesa agar MCMC mengambil tindakan tegas terhadap sebarang posting, halaman, profil dan akaun media sosial yang menyebarkan normalisasi gaya hidup songsang dan menguatkuasa peruntukan undang-undang.

“Kami mempersoalkan ketidakseimbangan penguatkuasaan dalam ruang siber. Jika kandungan, halaman atau akaun media sosial yang berunsurkan politik boleh dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

“Tetapi mengapa kandungan media sosial yang secara jelas mempromosikan agenda LGBTQ, termasuk akaun rasmi pertubuhan pro-LGBTQ, dibiarkan beroperasi dan terpapar secara terbuka tanpa sekatan?,” soal beliau.

Dalam pada itu katanya, bagi menangani penularan fahaman secara keseluruhan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengesa supaya kerajaan campuran hari ini mengambil langkah drastik dengan mengharamkan NGO pro-LGBT.

Pihaknya juga menegaskan tindakan pihak berkuasa tidak hanya sekadar siasatan dan pembatalan sesuatu program semata-mata, bahkan isu sebenar mencari NGO yang berselindung dibawah slogan hak asasi manusia dan sebagainya.

“Kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Khususnya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) diminta melaksanakan penilaian menyeluruh, pemantauan ketat serta siasatan terperinci operasi NGO pro LGBT.

“Dapat melaksanakan penilaian menyeluruh, pemantauan ketat serta siasatan terperinci terhadap operasi NGO-NGO yang jelas mempromosikan agenda LGBTQ, yang bertentangan dengan prinsip Perlembagaan negara,’ katanya. –HARAKAHDAILY 15/1/2026








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo