Menurutnya keputusan tersebut mencerminkan pendirian kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menafikan hak rakyat di kawasan pembangkang untuk bersama-sama merasai nikmat pembangunan.
Malah beliau turut mendedahkan seorang ahli parlimen kerajaan menerima peruntukkan sebanyak RM3.7 juta setahun sedangkan, wakil pembangkang tidak menerima sebarang dana dari kerajaan sejak tahun 2023 sehingga 2025.
“Untung siapa yang dapat bersalam dengan YAB Perdana Menteri. Lebih beruntung jika salamnya berisi, janjinya ditepati contohnya, isu peruntukan ahli parlimen kerajaan RM3.7 juta, selama tiga tahun (dah) RM11.1 juta.
“Manakala ahli parlimen pembangkang kosong, inilah ‘wewenang’ keadilan dibawah pentadbiran Madani. Entah apa yang hendak ditakutkan dengan wakil pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Menurut Mohd Syahir lagi, setiap sen disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang sudah tentu tidak akan disalah guna kerana tertakluk kepada pemantauan ketat dilakukan oleh Jabatan Audit Negara.
Beliau berkata, peruntukan tersebut perlu dibelanjakan sepenuhnya untuk kepentingan dan kebajikan rakyat dalam kawasan parlimen seperti jalan berlubang, jambatan rosak, baiki masjid, rumah, sekolah dan sebagainya.
Bahkan beliau turut membangkitkan perkara itu dalam ucapan perbahasan Titah Diraja sempena pembukaan Parlimen Isnin lalu yang menekankan agar kerajaan menyalurkan peruntukkan walaupun berbeza ideologi politik.
“Inilah realiti yang kami hadapi sebagai wakil rakyat, sama ada kerajaan mahupun pembangkang. Sewajarnya, peruntukan ‘mesra rakyat’ sebegini disalurkan secara adil dan saksama di setiap kawasan parlimen.
“Kita dalam negara sama, bayar cukai sama, Perdana Menteri yang sama, Speaker yang sama; Mengapa layanan yang diberikan di kawasan kami, tidak sama? Mengapa? Tetapi pembangkang terus bertahan dan istiqamah.
“Melaksanakan fungsi ‘semak dan imbang’ di Parlimen, menegakkan kebenaran, serta terus mendampingi rakyat di lapangan. Inilah keutamaan kami dalam tempoh berbaki dengan wang poket kami sendiri,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/1/2026
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment