BANGI, 15 REJAB – Tanah kosong yang tidak berpagar bukan menjadi ‘lesen’ kepada mana-mana pihak untuk menceroboh, apatah lagi membina rumah ibadat.
Justeru, sebarang hujah untuk mempertahankan binaan rumah ibadat di atas tanah milik individu atau pihak lain tanpa kebenaran adalah tidak terpakai kerana perbuatan tersebut masih dikategorikan sebagai jenayah menceroboh.
Oleh itu, pihak yang menceroboh tidak mempunyai hak untuk menuntut sebarang pampasan daripada pemilik tanah apabila diarah untuk merobohkan struktur di atas tanah tersebut.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa seorang pesara swasta, Suhaili Ahmad meluahkan rasa terkejut apabila mendapati terdapati satu kuil haram didirikan di atas tanah miliknya di berhampiran Taman Topaz, Dengkil tanpa kebenarannya.
Menjelaskan perkara itu kepada TV Pertiwi, Suhaili berkata, tanah itu dibeli pada 2001 dengan tujuan untuk penyewaan papan tanda iklan.
TV Pertiwi difahamkan, ketika tanah itu dibeli, terdapat satu surau dan kuil kecil di atas tapak tersebut tetapi telah berpindah ke kawasan lain.
Suhaili berkata, selepas tamat tempoh penyewaan, beliau berhasrat untuk menjual tapak tersebut dan telah menemui pembeli.
Katanya, selepas pembeli membayar deposit, beliau kembali ke tanah seleps lebih 20 tahun itu memeriksa keadaan dan terkejut apabila mendapati struktur kuil dibina di tapak itu.
“Apabila saya bertanya kepada seorang wanita berada di kuil itu, saya pula yang dimarahi dan diminta untuk beredar dari kawasan itu sedangkan tapak itu adalah tanah saya.
“Saya dimaklumkan bahawa kuil ini didirikan di atas tanah saya kerana mereka (pengusaha kuil) tak suka dengan tapak baharu yang diberikan,” katanya
Mengulas lanjut, Suhaili berkata, dia terpaksa menguar-uarkan perkara itu di media sosial baru-baru ini apabila laporan kepada pihak berkuasa yang dibuat kira-kira enam bulan lepas tiada tindakan lanjut.
Tegas Suhaili, tindakannya itu tidak ada kaitan dengan perkauman, sebaliknya sebagai menuntut haknya selaku pemilik tanah.
“Apabila saya mengutarakan perkara ini kepada Pejabat Tanah, saya pula ditegur dan ditanya kenapa tidak ada pagar sekeliling tanah saya.
“Itu yang saya hairan. Ada pagar atau tidak, itu tanah saya. Tidak boleh suka-suka ceroboh tanah orang dan bina kuil,” ujarnya.
Dalam pada itu, aktivis tanah, Tamim Dahri memaklumkan bahawa pemilik tanah sudah memberi notis seminggu untuk perobohan binaan haram itu.
Tambah beliau, pihaknya akan membantu pemilik tanah dalam memperjuangkan isu ini dan menuntut kembali haknya selaku tuan tanah yang sah.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment