NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar umum macam-macam, rakyat lebih berminat Muafakat Nasional – Shahidan



KUALA LUMPUR – Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pelbagai pengumuman, namun ia tidak mampu menarik perhatian rakyat.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, rakyat berminat Muafakat Nasional dan politik Perlis.

“PMX umum macam2, tetapi nampaknya orang tidak kisah. Mereka berminat Muafakat Nasional dan politik Perlis,” katanya dalam media sosialnya hari ini.

Baru-baru ini, Pemuda UMNO menyeru agar parti itu menghidupkan semula Muafakat Nasional menerusi kerjasama dengan Pas.

Ketua Pemudanya, Datuk Dr Akmal Salleh menyatakan pendirian itu mewakili suara akar umbi yang mahukan dua parti Melayu terbesar itu bekerjasama demi agama, bangsa dan tanah air.

“Sebab itu saya menyeru penyatuan orang-orang Melayu ini mesti dimulakan oleh dua parti terbesar orang Melayu, sebab kalau parti kecil dengan parti yang besar tidak boleh jadi kerana orang Melayu akan tetap berpecah.

“UMNO dan Pas mesti pelopor utama penyatuan ini sebab saya percaya jika penyatuan UMNO dan PAS ini, saya percaya orang Melayu akan kembali bertaut dan bersatu,” katanya pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), Sabtu lalu.

Hampir 2,000 perwakilan Pemuda UMNO seluruh negara hadir dalam konvensyen itu.-  MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo