BANGI, 15 REJAB – Presiden Gabungan Nasionalis, Haji Aminuddin Yahaya mengucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh yang berani mengusulkan agar parti Melayu itu keluar daripada kerajaan.
Terdahulu, Mohamad Akmal dilaporkan menuntut agar UMNO menarik diri daripada kerjasama politik dengan Kerajaan Perpaduan susulan dakwaan pimpinan komponen gagal menghormati garis merah orang Melayu dan Islam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu turut mengulangi gesaan agar wujud sebuah permuafakatan antara UMNO dan PAS sebagai langkah menyatukan orang Melayu.
Berucap dalam Konvensyen Khas Pemuda UMNO, Mohamad Akmal juga mencadangkan agar UMNO memilih untuk berada di blok pembangkang sekiranya mengambil keputusan keluar daripada kerajaan sedia ada.
Mengulas perkara itu, Haji Aminuddin berkata, usul tersebut dibuat kerana “banyak perkara yang menyentuh soal Melayu dan Islam yang mana UMNO perlu kompromi”.
“Katanya ini bukan suara dia seorang tetapi akar umbi. Apapun dia menyerahkan kepada pimpinan untuk membuat keputusan.
“Kita tunggu dan lihat apakah suara Pemuda ini benar-benar ada ‘power’ atau pun sebaliknya.
“Apapun ia satu renungan untuk pimpinan UMNO fikirkan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment