Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar beliau, Suffi Yusoff, ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Menurut Suffi, Tun Dr Mahathir kini berada dalam keadaan stabil dan masih menjalani pemantauan kesihatan secara keseluruhan oleh pasukan perubatan.
“Ya, beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan,” katanya.
Maklumat lanjut mengenai keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sumber: Astro AWANI

No comments
Post a Comment