- Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim berkata, meskipun tiada ladang ternakan babi beroperasi di Terengganu, aspek keselamatan makanan tetap diberi perhatian khusus melalui penguatkuasaan ketat bagi menghalang kemasukan karkas daging babi tanpa permit sah.
- “Di Terengganu tak ada satu pun ladang ternakan babi walaupun ada orang makan babi di negeri ini. Mereka tak pernah dihalang untuk menikmatinya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
KUALA TERENGGANU — Kerajaan negeri Terengganu menegaskan negeri itu tidak mempunyai sebarang ladang ternakan babi, namun individu bukan Islam yang memakan daging babi tidak pernah dihalang untuk menikmatinya selagi mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim berkata, meskipun tiada ladang ternakan babi beroperasi di Terengganu, aspek keselamatan makanan tetap diberi perhatian khusus melalui penguatkuasaan ketat bagi menghalang kemasukan karkas daging babi tanpa permit sah.
“Di Terengganu tak ada satu pun ladang ternakan babi walaupun ada orang makan babi di negeri ini. Mereka tak pernah dihalang untuk menikmatinya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Menurut beliau, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu sering menjadi benteng utama dalam mengekang kemasukan daging babi yang dibawa masuk dari negara jiran tanpa kebenaran, khususnya apabila laluan darat Terengganu digunakan sebagai laluan transit sebelum dihantar ke lokasi tertentu.
Dr Azman berkata, penguatkuasaan tersebut penting bagi memastikan daging yang dibawa masuk bebas penyakit serta selamat dimakan, selain mengelakkan sebarang risiko penularan penyakit ternakan yang boleh menjejaskan keselamatan makanan serta kesihatan awam.
Tambah beliau, tindakan tegas diambil terhadap pihak yang didapati membawa masuk karkas daging babi tanpa permit apabila pihak berkuasa berjaya membuat tangkapan.
“Bila dapat tangkap, karkas babi kita lupus dan tuan lori akan dikompaun,” katanya.
Dalam masa sama, Dr Azman mengeluarkan amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menjadikan Terengganu sebagai laluan penyeludupan daging tanpa dokumen sah.
“Jangan main-main dengan Terengganu,” tegas beliau.-The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment