NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahun satu enam tahun: Usah jejas kesaksamaan akses pendidikan



BANGI, 3 SYAABAN – Perikatan Nasional (PN) menuntut penjelasan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengenai proses kemasukan Tahun Satu pada usia enam tahun yang dikhuatiri menjejaskan kesaksamaan akses terhadap pendidikan. 

Ketua Penerangan PN yang juga bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata  perkara paling asas dalam pendidikan adalah akses yang saksama, iaitu semua orang patut mempunyai ruang yang sama mendapat pendidikan.

Menurutnya, ujian diagnostik yang perlu dilalui sebelum kanak-kanak dapat memasuki Tahun Satu pada usia enam tahun menimbulkan banyak persoalan mengenai bentuk ujian itu. 

“Kalau hendak dilaksanakan, ini bermakna ujian itu akan dilaksanakan pada umur lima tahun. Siapakah yang akan melaksanakan ujian ini? 

“Tahun lepas untuk kohort Tahun Satu sekitar 400,000 murid. Apakah keadaannya apabila katakan, separuh atau hampir keseluruhan kohort ini ingin menghantar anak mereka pada enam umur enam tahun?

“Kita tidak mahu wujud keadaan apabila ibu bapa nanti berbincang. Anak saya enam tahun sudah masuk Tahun Satu. Anak awak?.

“Kita juga tidak mahu keadaan, mungkin suatu masa kena ada tuisyen untuk melepasi ujian diagnostik. Ini perkara yang Menteri Pendidikan kena jelaskan,” katanya ketika sidang media PN di Parlimen, hari ini.

Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, keadaan itu jika berlaku akan menjejaskan kesaksamaan akses kepada pendidikan.

Beliau mengingatkan jumlah kelas yang diperlukan untuk menampung kemasukan satu kohort 400,000 murid Tahun Satu dengan satu kelas seramai 40 murid adalah sebanyak 10,000 kelas.

Justeru, katanya kerajaan perlu membuat perancangan teliti dan kemudian membentangkan kepada rakyat tindakan yang hendak dilaksanakan.  

“Memang seronok hendak umum ini dasar yang bagus, yang baik, yang progresif. Betul tapi jangan menyebabkan sesuatu yang menekan kedudukan rakyat dan budaya yang sudah pun diamalkan sebelum ini. Kalau nak buat boleh, tetapi bagi tempoh.

“Maklumkan bahawa dalam masa beberapa tahun akan datang, kita akan lakukan seperti ini sebab kita nak pastikan infrastruktur bilik darjah mencukupi, guru mencukupi,” katanya.

Selepas persediaan rapi, katanya baru Kementerian Pendidikan minta ibu bapa bersedia kerana akan dimulakan pada tahun ditetapkan.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo