BANGI, 19 RABIULAWAL – Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan bahawa golongan muda tidak menghargai kemerdekaan selepas melihat sendiri sambutan rakyat di Putrajaya.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau hadir ke perarakan kemerdekaan berkenaan bagi melihat sambutan yang diberikan rakyat.
“Saya gembira kerana sambutan masih hangat (betul-betul hangat).
“Tak benar sangkaan kononnya anak muda tidak hargai merdeka,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menurut Tun Mahathir, ramai anak muda Melayu, Cina dan India berada dalam kalangan mereka yang menyaksikan sambutan tersebut.
Katanya, wajah mereka kelihatan ceria dan jelas menunjukkan kegembiraan menyambut kemerdekaan.
“Muka mereka ceria dan jelas mereka sedang sambut kemerdekaan seolah-olah mereka baru merdeka selepas dijajah,” katanya.
Beliau berpandangan semangat seperti itu akan mengekalkan negara.
“Tidak ada yang lebih mulia daripada mempertahankan negara tercinta,” katanya.
Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos, semalam.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment