BANGI, 19 RABIULAWAL – Seorang bekas menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).
Menurut hantaran di TikTok rasmi SPRM, penahanan itu berkaitan siasatan isu pajakan hotel di Arab Saudi.
Lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang pada Selasa ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Bekas menteri itu dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu bagi permohonan reman.
SPRM tidak mendedahkan identiti bekas menteri berkenaan setakat ini.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment