NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parti Melayu perlu dibersihkan sebelum wujud Muafakat Nasional 2.0 – Dr Tawfiq



BANGI, 19 REJAB – Parti-parti politik Melayu yang mempunyai lebih daripada satu kumpulan dalaman, khususnya UMNO, PAS dan Bersatu, perlu terlebih dahulu ‘dibersihkan’ sebelum usaha mewujudkan Muafakat Nasional (MN) 2.0 dapat direalisasikan.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Universiti Malaya, Dr Mohamad Tawfik Yaakub berkata, parti politik Melayu perlu melalui proses pemulihan dalaman sebelum boleh duduk di bawah satu payung kerjasama.

“Sebelum kita nak tubuhkan MN yang kedua ini, dalam parti-parti Melayu itu sendiri mesti dibersihkan dahulu kepimpinan yang mempunyai dua atau lebih kumpulan.

“Dalam Bersatu, kita jelas nampak ada kumpulan Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan ada kumpulan Datuk Seri Azmin Ali. Azmin itu berada di pihak Tan Sri Muhyiddin Yassin, walaupun kumpulan Hamzah juga menyatakan sokongan kepada Muhyiddin.

“Dalam UMNO pula, ada satu kumpulan yang menyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ada beberapa kumpulan lain yang sebenarnya tidak memihak kepada Zahid, seperti kumpulan Isham Jalil dan kumpulan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Jadi, parti-parti politik Melayu ini perlu dipulihkan dahulu. Barulah, pada pandangan saya, mereka boleh duduk di bawah satu payung yang dipanggil MN,” katanya ketika ditemui TV Pertiwi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas agenda penyatuan orang Melayu yang melibatkan tiga parti besar iaitu PAS, UMNO dan Bersatu.

Mengulas lanjut, Dr Mohamad Tawfik berkata PAS sendiri turut mempunyai perbezaan kumpulan dalaman yang semakin ketara selepas kemelut politik di Perlis baru-baru ini.

“PAS sendiri, jika kita lihat rentetan isu yang berlaku di Perlis, jelas menunjukkan wujud dua kumpulan yang berbeza.

“Perbezaan antara Presiden parti dengan kumpulan yang dikaitkan dengan Mursyidul Am di Perlis itu sebenarnya sudah menjadi rahsia terbuka, dan punca kepada apa yang berlaku di Perlis juga sudah diketahui umum.

“Namun, isu utama itu ditutup dengan isu-isu kecil yang lain

“Mahu atau tidak, platform kerjasama yang pernah dicuba sebelum ini ialah MN. Kita juga tahu pada tahun 1970, pernah wujud kerjasama politik antara PAS dan UMNO dalam Barisan Nasional yang membentuk sebuah kerajaan.

“Banyak perkara baik yang orang Melayu peroleh hasil kerjasama politik itu. Contohnya, jika kita hari ini dapat mendengar laungan azan di televisyen dari pagi hingga malam, itu adalah antara hasil kerjasama politik yang digagaskan pada tahun 1970,” katanya.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. DATUK YIP KUM FOOK was wrong to dismiss Buddhist monks from the Buddhist Temple because all the monks were Malaysian citizens, and some of the monks were Bumiputera, who came from Siam, Kelantan. Venerable Piyadhammo came from Penang, and he was retired by the Singapore Criminal Investigation Department.

    DATUK YIP KUM FOOK will not be happy in this life because he has created more sins for the Buddhist monks, and he is not lucky in his life; his family also will also suffer because he has wronged to the Buddhist monks, he will never know about the history of the Buddha. When Prince Devatas tried to kill the Buddha, but failed, the earth sucked the last Prince Devatas.

    Now, DATUK YIP KUM FOOK is hiding from the public because he has done evil to everyone, and he will face problems for his life in the future. Everyone cannot help him or help solve his problems, now he is always at home and does not go out of his house, this is very pitiful.

    Now, Taman Desa Jaya, Kepong, is safer than before; last time there were more police and thugs because Datuk Yip Kum Fook paid them to harass people there, some police with guns to harass those who gossiped about him (Datuk Yip)

    By ah Meng, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpu

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo