NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NFA Zahid luar biasa, PM wajib beri penjelasan – Tun Faisal



BANGI, 19 REJAB – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan wajib memberi penjelasan yang jelas dan meyakinkan kepada rakyat berhubung keputusan NFA (No Further Action) atau Tiada Tindakan Lanjut  terhadap kes Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri berkaitan dana Yayasan Akalbudi .

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang menyifatkan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) sebagai luar biasa berkata, dari sudut amalan pendakwaan, NFA lazimnya dibuat di peringkat siasatan, iaitu sebelum pertuduhan difailkan atau sebelum perbicaraan bermula, terutama apabila bukti tidak mencukupi atau kes tidak sesuai untuk didakwa. 

Bagaimanapun dalam kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, katanya perbicaraan telah berjalan, puluhan saksi telah dipanggil, ribuan halaman dokumen telah dikemukakan dan mahkamah telah membuat dapatan prima facie. 

“Menjadikan kes pada tahap ini sebagai NFA adalah tindakan luar biasa dan bertentangan dengan amalan pendakwaan biasa. Justeru, PM10 dan Kerajaan Madani PH–BN wajib memberikan penjelasan yang jelas dan meyakinkan kepada rakyat berhubung tindakan luar biasa ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Keputusan NFA dibuat selepas AGC meneliti keseluruhan hasil siasatan dan keterangan baharu yang dikemukakan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September 2023 melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid atas pertuduhan itu.

Tun Faisal berkata, kes terbabit yang diputuskan oleh mahkamah sebagai prima facie, bukan hanya isu politik, tetapi membabitkan prinsip undang-undang, integriti institusi keadilan dan kepentingan awam. 

“Keputusan Peguam Negara mengumumkan NFA terhadap satu kes prima facie berprofil tinggi sudah pasti menambahkan sebab mengapa keyakinan rakyat terhadap PM10 dan institusi undang-undang negara terus terhakis,” katanya.

Beliau menegaskan apabila Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan sesuatu kes sebagai prima facie, ini bermaksud unsur asas pertuduhan disokong oleh keterangan saksi dan dokumen yang mencukupi untuk memanggil tertuduh membela diri. 

“Dalam undang-undang jenayah, ini bukan dapatan kecil atau bersifat teknikal, tetapi satu penemuan kehakiman yang jelas bahawa kes tersebut tidak lemah, tidak remeh dan wajar diputuskan sepenuhnya melalui perbicaraan mahkamah,” katanya.

Tun Faisal mengakui bahawa Peguam Negara mempunyai budi bicara mengikut Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, tetapi kuasa tersebut bukan mutlak tanpa semakan. 

“Prinsip undang-undang awam menetapkan bahawa budi bicara mesti digunakan secara rasional, bersebab dan demi kepentingan awam.

“Keputusan untuk menghentikan satu kes prima facie tanpa alasan yang jelas dan telus bukan sahaja menimbulkan persepsi penyalahgunaan kuasa, malah berpotensi menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kebebasan dan profesionalisme institusi pendakwaan,” katanya.


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. DATUK YIP KUM FOOK was wrong to dismiss Buddhist monks from the Buddhist Temple because all the monks were Malaysian citizens, and some of the monks were Bumiputera, who came from Siam, Kelantan. Venerable Piyadhammo came from Penang, and he was retired by the Singapore Criminal Investigation Department.

    DATUK YIP KUM FOOK will not be happy in this life because he has created more sins for the Buddhist monks, and he is not lucky in his life; his family also will also suffer because he has wronged to the Buddhist monks, he will never know about the history of the Buddha. When Prince Devatas tried to kill the Buddha, but failed, the earth sucked the last Prince Devatas.

    Now, DATUK YIP KUM FOOK is hiding from the public because he has done evil to everyone, and he will face problems for his life in the future. Everyone cannot help him or help solve his problems, now he is always at home and does not go out of his house, this is very pitiful.

    Now, Taman Desa Jaya, Kepong, is safer than before; last time there were more police and thugs because Datuk Yip Kum Fook paid them to harass people there, some police with guns to harass those who gossiped about him (Datuk Yip)

    By ah Meng, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpu

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo