BANGI, 3 SYAABAN – Isu binaan rumah ibadat haram akhirnya telah mendapat perhatian kerajaan, pemimpin negara dan semua wakil rakyat apabila ia dibangkitkan di Dewan Rakyat semalam oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.
Ketika sesi perbahasan itu, Fadhli telah berkongsikan data yang menunjukkan bahawa binaan rumah ibadat haram di ibu negara sememangnya menunjukkan peningkatan ketara.
Walaupun data yang dikongsikan itu hanya melibatkan kawasan di Kuala Lumpur (KL), ia bagaimanapun cukup membuktikan bahawa isu ini bukanlah satu masalah remeh yang boleh diketepikan begitu sahaja.
Menurut data itu, Fadhli menyatakan bahawa jumlah rumah ibadat haram di KL pada 2021 adalah sebanyak 89 dan pada 2025 ia meningkat kepada 118.
Untuk rekod, ini belum kira ratusan rumah ibadat haram yang tidak didedahkan secara terbuka di negeri-negeri lain.
Oleh itu, penulis melihat usaha Fadhli untuk membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat adalah satu perkembangan positif kerana ia akan memaksa kerajaan untuk memberi maklum balas.
Sudah tentu rakyat mahukan penjelasan mengapa binaan haram yang jelas melanggar undang-undang ini terus dibiarkan beroperasi tanpa sebarang tindakan tegas.
Rakyat juga pastinya mahu mendengar cadangan penyelesaian atau langkah-langkah yang bakal diambil bagi menangani isu ini.
Apa langkah seterusnya?
Sementara rakyat menunggu maklum balas atau penjelasan dari kerajaan, perlu diingati bahawa perjuangan masih belum tamat walaupun isu ini sudah dibangkitkan di Dewan Rakyat.
Ada banyak lagi perkara yang perlu dilakukan untuk sama-sama kita tamatkan masalah ini dari terus merebak.
Pendedahan lokasi rumah ibadat haram perlu diteruskan bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.
Sekiranya tindakan tidak diambil, rakyat perlu memberi tekanan dengan menggesa pihak berkuasa selaku pelaksana undang-undang menjalankan tanggungjawab dan amanah mereka.
Gesaan boleh dibuat menerusi aduan secara berterusan mahupun berkongsikan cerita bersama pihak media termasuk TV Pertiwi agar pendedahan masalah ini boleh mendapat perhatian yang lebih besar.
Tidak keterlaluan untuk penulis berkongsikan pandangan bahawa kewujudan begitu banyak rumah ibadat haram telah mencerminkan kegagalan pihak berkuasa terutama pihak berkuasa tempatan dan pejabat tanah.
Kegagalan ini juga yang mendorong individu seperti Tamim Dahri – yang tidak kaitan atau pertalian dengan orang-orang politik mahupun NGO – untuk tampil ke depan untuk melawan isu ini.
Antara inisiatif yang dibuat ialah melancarkan portal tanahmalaya.com untuk berkongsikan lokasi-lokasi binaan haram termasuk mengenal pasti kawasan-kawasan tanah rizab melayu dan sebagainya.
Selain Tamim, usaha membuka mata rakyat juga digerakkan menerusi kemunculan Groups di media sosial untuk membongkarkan lokasi rumah ibadat haram seperti ‘Binaan Haram Di Mana Hari Ini’ dan ‘Skuad Bongkar Binaan Haram’.
Lawan naratif palsu
Dalam usaha melawan binaan kuil haram, sudah tentu akan ada cabaran atau halangan daripada pihak yang mahukan perjuangan ini gagal.
Sebab itu muncul naratif-naratif palsu kononnya usaha yang dibuat ini adalah bersifat perkauman dan cuba menyekat amalan agama tertentu.
Oleh itu, penting untuk kita terus mendidik orang ramai dan membetulkan naratif dengan menceritakan hal sebenar.
Perlu dijelaskan bahawa masalah binaan rumah ibadat haram ini merupakan perbuatan menceroboh tanah dan ia salah di sisi undang-undang.
Ini adalah sebab utama mengapa kita perlu bantah sebarang tuntutan daripada pihak penceroboh yang mahukan pampasan sama ada tanah ganti atau duit binaan haram itu dirobohkan.
Ibarat terang lagi bersuluh perbuatan itu merupakan satu jenayah, mengapa pula perlu diberi pampasan sedangkan mereka patut dihukum?
Kesimpulan
Isu binaan rumah ibadat haram ini tidak boleh lagi ditangguhkan atau ditangani secara sambil lewa.
Ketegasan dalam menegakkan undang-undang perlu dilihat sebagai usaha mempertahankan kedaulatan negara, bukannya serangan terhadap mana-mana agama.
Selagi pencerobohan tanah dan pembinaan tanpa kelulusan terus dibiarkan, selagi itulah mesej yang dihantar kepada rakyat ialah undang-undang boleh dipijak-pijak tanpa akibat.
Maka, sudah tiba masanya kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan bertindak secara adil, konsisten dan berprinsip tanpa tunduk kepada tekanan mana-mana pihak.
Rakyat pula perlu terus memainkan peranan sebagai mata dan telinga dengan membuat laporan serta menolak naratif palsu yang cuba mengaburi isu sebenar.
Jika undang-undang ditegakkan dengan tegas dan saksama, barulah keadilan dapat ditegakkan dan keharmonian negara dapat dipelihara untuk jangka panjang.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment