NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Thailand arah agensi kerajaan kerja dari rumah, jimat penggunaan tenaga

BANGKOK, 10 Mac – Perdana Menteri sementara Thailand, Anutin Charnvirakul mengarahkan agensi kerajaan serta perusahaan milik negara melaksanakan pengaturan kerja dari rumah (WFH) bagi mengurangkan penggunaan tenaga susulan ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat.

Timbalan Jurucakap Kerajaan Thailand, Lalida Prertwiwatthana berkata arahan itu terpakai kepada jabatan yang boleh melaksanakan sistem WFH tanpa menjejaskan perkhidmatan awam, sebagai langkah meningkatkan kecekapan pengurusan sumber dalam sektor awam.

Menurutnya, Perdana Menteri turut mengarahkan agensi kerajaan menangguhkan lawatan sambil belajar ke luar negara serta program latihan yang melibatkan perjalanan antarabangsa. Aktiviti berkenaan dicadangkan dilaksanakan di dalam negara.

“Semua agensi diarahkan melaksanakan langkah ini sambil memastikan perkhidmatan awam terus berjalan tanpa gangguan,” katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat Kabinet pada Selasa.

Seorang lagi Timbalan Jurucakap Kerajaan, Airin Phanpharit memaklumkan purata permintaan harian Thailand bagi produk minyak bertapis adalah sekitar 124 juta liter.

Beliau berkata sehingga 5 Mac lalu, jumlah rizab minyak negara mencecah kira-kira 8.055 bilion liter, manakala purata penggunaan produk minyak bertapis adalah sekitar 3.13 juta tong sehari.

Bagaimanapun, katanya, Thailand masih bergantung kepada import minyak mentah, khususnya dari rantau Asia Barat.

Airin turut menjelaskan bahawa jumlah rizab minyak negara yang merangkumi rizab berkanun dan komersial ketika ini mampu memenuhi keperluan tenaga negara pada tahap tertentu.

“Namun, Kementerian Tenaga mencadangkan langkah penjimatan tenaga tambahan untuk agensi kerajaan bagi menggalakkan penggunaan tenaga secara lebih cekap dan menjadi contoh kepada sektor lain dalam masyarakat,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo