NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ceroboh, curi bekalan elektrik, pembina kuil haram masih dilindungi



BANGI, 22 REJAB –  Pengerusi IDENTITI, Islah Wahyudi Zainudin meluahkan rasa hairan apabila penceroboh tanah yang membina rumah ibadat secara haram tidak dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Sebaliknya, beliau mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang membenarkan ruang untuk pemilik tanah berunding dengan penceroboh agar isu binaan rumah ibadat haram di Dengkil dapat diselesaikan secara harmoni.

Islah mengkritik pendekatan oleh pihak berkuasa itu terutama apabila beliau sebelum ini ditahan satu malam di lokap hanya kerana menyindir isu binaan rumah ibadat haram.

“Menceroboh ini jelas satu jenayah. Kenapa mereka tidak dikenakan tindakan? 

“TNB siap dedahkan bahawa mereka telah mencuri bekalan elektrik dari papan iklan di kawasan berkenaan. Apa lagi bukti yang pihak berkuasa mahukan?

“Saya sindir isu rumah ibadat haram kena bermalam di lokap, sedangkan sindiran saya itu bersifat umum atas kebebasan bersuara yang dibenarkan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. 

“Tetapi yang jelas melakukan kesalahan menceroboh boleh pula diberi ruang untuk berunding. Di manakah keadilan?” katanya kepada TV Pertiwi.

Islah merujuk kepada pencerobohan tanah persendirian milik pesara swasta yang mana isu itu tular pada awal bulan ini.

Sebelum ini, TV Pertiwi melaporkan pemilik tanah, Suhaili Ahmad memberi tempoh masa sehingga Februari depan kepada penceroboh untuk mengosongkan tapak.

Situasi ini sekali gus menangguhkan kerja-kerja perobohan yang dirancang pada 9 Januari lepas.

Dalam pada itu, Islah menggesa pihak berkuasa menggunakan undang-undang sedia ada dan mengambil tindakan terhadap pihak penceroboh tanah sebagai pengajaran agar ia tidak berulang pada masa hadapan.

Katanya, isu binaan rumah ibadat haram kini semakin berleluasa, dan situasi ini hanya akan berulang sekiranya tiada ketegasan dari aspek penguatkuasaan.

“Kalau tiada tindakan, orang tidak akan takut untuk menceroboh tanah milik individu lain atau milik kerajaan,” tambahnya.

Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo