NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

47 kes rasuah Zahid boleh diteruskan jika Peguam Negara atau kerajaan bertukar – Rafique



BANGI, 23 REJAB – Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali, menyifatkan kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bebas dan tidak boleh didakwa sebagai khilaf.

Kenyataan itu dibuat susulan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap kes Yayasan Akalbudi.

Terdahulu, Peguam Negara menegaskan, keputusan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap 47 pertuduhan rasuah membabitkan Timbalan Perdana Menteri dibuat bukan atas dasar suka-suka.

Keputusan itu diambil selepas mengambil kira fakta dan isu undang-undang yang dibangkitkan dalam representasi peguam, serta semakan semula kes berkenaan.

Katanya, Ahmad Zahid dianggap bebas secara muktamad dan tidak boleh didakwa lagi di masa hadapan.

“Dia bebas secara muktamad, mutlak. Tak ada masalah sebab kita menggunakan kuasa mengikut Fasal 145. Apabila kita tutup dan kita nyatakan secara muktamad, that’s it (itu saja),” kata Tan Sri Mohd Dusuki.

Mengulas perkara itu, Rafique menegaskan keputusan tersebut tidak tepat dan seolah-olah dijadikan alasan “sapu bawah karpet”.

Rafique menekankan bahawa kenyataan Peguam Negara yang menyebut kes Zahid telah selesai adalah tidak tepat kerana kes itu masih terbuka dan boleh diteruskan oleh Peguam Negara atau Perdana Menteri yang baru. Beliau menjelaskan bahawa tindakan tidak boleh diambil semula hanya jika Mahkamah memutuskan bebas dan lepas kerana konsep double jeopardy, merujuk Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut membandingkan kes Zahid dengan rakyat biasa dan kes lain, termasuk kes YB Syed Saddiq, dan menegaskan bahawa rakyat perlu memahami keputusan ini dengan teliti:

“Apa kaitan dengan kes Zahid? Kes Zahid tergantung. Tak selesai. Bagaimana pula kes rakyat biasa? Akan dapat yang sama? Malah kes YB Syed Saddiq. Mengapa masih terus kalau Mahkamah Persekutuan sendiri kata pihak-pihak perlu kaji semula kedudukan? Kerana itu penting untuk rakyat faham dan nilai,” tegasnya.

Rafique juga menekankan bahawa kronologi kes Zahid penting untuk difahami. Beliau menjelaskan bahawa Zahid diarah bela diri 47 kes pada 24 Januari 2022 dan selesai pada 30 Ogos 2022. PRU ke-15 berlangsung pada 19 November 2022, manakala Zahid mengangkat sumpah sebagai TPM1 pada 3 Disember 2022 ketika kesnya masih belum selesai.

TPR Raja Rozela mengumumkan cuti awal pada 30 Ogos 2023, dan empat hari selepas itu Zahid diberi DNAA pada 4 September 2023, mewakili Peguam Negara ketika itu, Dusuki Mokhtar. Rafique berkata pada masa itu terdapat 11 alasan untuk siasat semula kes.

Beliau menegaskan bahawa keputusan NFA tidak bermakna kes selesai, malah Zahid masih boleh dituduh semula.

“Dengan rendah diri saya katakan, Peguam Negara khilaf. Zahid dipertuduh 47 tuduhan dalam kes Yayasan Akalbudi. Peguam Negara dan Timbalan Pendakwa Raya percaya ada kes; kertas siasatan tersedia. SPRM telah siasat. Ada elemen jenayah. Hakim dengar kes. 99 saksi dipanggil. Hujahan dimasukkan.

“TPR Raja Rozela bertungkus-lumus bentangkan. Hakim dapati ada prima facie. Kes kuat. Zahid wajib bela diri. Prima facie, bahasa mudahnya, kalau senyap masuk penjara. Tetapi bagi Zahid lain pula? Dipanggil bela diri. Kronologi kes Zahid bela diri penting,” katanya.

Rafique menambah bahawa kuasa Peguam Negara untuk menuduh, mendakwa, menarik balik atau meneruskan kes mesti dijalankan secara telus dan ikhlas.

Beliau juga menekankan bahawa NFA tidak bermakna kes Zahid selesai, dan DNAA serta NFA boleh dibuka semula untuk tuduhan selanjutnya.


Sumber | TV Pertiwi



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo