NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Jangan cabar, program ‘Glamping With Pride’ jangan diteruskan” – MB Selangor



  • “Sekiranya penganjur tetap mencabar, saya minta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya,” – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari
  • Beliau turut memaklumkan bahawa penganjur program berkenaan didakwa tidak mengemukakan sebarang permohonan rasmi kepada PBT bagi menganjurkan program ‘Glamping With Pride’.

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberi amaran keras kepada penganjur program ‘Glamping With Pride’ di Hulu Langat supaya tidak meneruskan penganjuran acara tersebut yang dijangka berlangsung minggu depan.

“Sekiranya penganjur tetap mencabar, saya minta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya,”tegas beliau.

Menurut Amirudin, pihak berkuasa akan mengambil tindakan jika amaran itu diabaikan, selain beliau telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan pemantauan di kawasan berkenaan pada hari program itu dijadual berlangsung.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa aktiviti glamping secara umum tidak dilarang, namun penganjuran berkenaan tidak seharusnya dikaitkan dengan tema yang bercanggah dengan norma masyarakat.

“Aktiviti glamping yang selamat adalah dibenarkan, namun jangan kaitkan dengan tema songsang,” katanya.

Amirudin berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Selangor dan Wilayah Persekutuan di Shah Alam, hari ini.

Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa penganjur program berkenaan didakwa tidak mengemukakan sebarang permohonan rasmi kepada PBT bagi menganjurkan program ‘Glamping With Pride’.-The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo