- Pertubuhan JEJAKA, yang menyokong lelaki gay, biseksual dan queer, menegaskan program “Glamping With Pride” merupakan aktiviti perkhemahan yang sah di sisi undang-undang kerana ia dianjurkan di lokasi berdaftar dan tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang Malaysia.
- Menurut Timbalan Presiden JEJAKA, Dhia Rezki Rohaizad, mereka berdepan kebimbangan keselamatan yang sangat serius susulan ugutan di media sosial untuk mengganggu acara tersebut, namun menegaskan mereka tidak akan dipaksa untuk membatalkannya.
- “Kami tidak melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang, dan ancaman ini adalah tidak wajar serta tersasar. Kami bukan penjenayah, kami rakyat Malaysia dan kami berhak mempunyai ruang yang selamat,” – Timbalan Presiden JEJAKA, Dhia Rezki Rohaizad
KUALA LUMPUR – Pertubuhan JEJAKA, yang menyokong lelaki gay, biseksual dan queer, menegaskan program “Glamping With Pride” merupakan aktiviti perkhemahan yang sah di sisi undang-undang kerana ia dianjurkan di lokasi berdaftar dan tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang Malaysia.
Dalam kenyataan, JEJAKA menegaskan bahawa aktiviti seperti perkhemahan, perjumpaan dan pendidikan komuniti adalah aktiviti yang dibenarkan di negara ini, sambil memaklumkan perhimpunan itu bersifat tertutup dan ditapis serta memberi fokus kepada kesejahteraan diri dan kesedaran kesihatan, termasuk pendidikan HIV.
Timbalan Presiden JEJAKA, Dhia Rezki Rohaizad berkata pihaknya tidak melakukan sebarang perkara menyalahi undang-undang, malah mendakwa ancaman yang diuar-uarkan terhadap program berkenaan adalah tidak tepat.
“Kami tidak melakukan apa-apa yang salah di sisi undang-undang, dan ancaman ini tersasar,” katanya kepada This Week in Asia.
Sebaliknya, Dhia mendakwa risiko sebenar datang daripada ugutan, penyebaran maklumat palsu dan kempen memburukkan yang menurutnya boleh menjadi ancaman kepada keamanan, khususnya apabila wujud seruan provokasi terhadap pihak mereka.
Beliau turut mendakwa pihaknya menghadapi kebimbangan keselamatan yang sangat serius berikutan ancaman di media sosial untuk mengganggu acara tersebut, namun menegaskan kumpulan itu tidak akan dipaksa membatalkan program berkenaan.
“Kami bukan penjenayah, kami rakyat Malaysia… dan kami berhak mempunyai ruang selamat,” katanya lagi.
Kontroversi itu tercetus selepas poster promosi program berkenaan tular di media sosial, memaparkan elemen pelangi serta aktiviti yang dirancang seperti sesi “campfire storytelling”, pertunjukan fesyen/runway dan pertandingan sketsa, dengan lokasi di Selangor dinyatakan sebagai “akan dimaklumkan”.
Tindakan tersebut mengundang bantahan banyak pihak termasuk
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti yang dikaitkan dengan promosi gaya hidup LGBTQ di Selangor.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula memaklumkan pihaknya sedang memantau rapat program itu bersama jabatan agama negeri dan pihak polis, sambil menegaskan usaha menormalisasikan amalan yang disifatkan sebagai “luar tabii” tidak akan dibiarkan.
Sementara itu, polis Kajang membuka siasatan terhadap poster promosi tersebut selepas menerima lima lapora, dengan kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment