BANGI, 23 REJAB – PAS menyambut baik keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung pengunduran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu malam tadi disifatkan sebagai langkah yang tepat dan diterima dengan hati terbuka.
“Alhamdulillah, satu keputusan yang cukup baik daripada mesyuarat MPT Bersatu yang menerima secara terbuka hasrat Tan Sri Muhyiddin untuk berundur daripada jawatan Pengerusi PN.
“PN, insya-Allah, akan terus bergerak ke hadapan. Berikan PAS peluang untuk mengemudi teraju PN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Kita bangkit mara ke Putrajaya,” katanya ringkas.
Malam tadi, MPT Bersatu memutuskan untuk menghormati keputusan Tan Sri Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN.
Difahamkan, langkah seterusnya ialah Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dijangka akan memanggil Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN bagi membincangkan serta memutuskan pelantikan pengerusi baharu.
Ia selaras dengan surat yang telah dikeluarkan oleh Presiden PAS kepada semua ketua parti komponen Perikatan Nasional berhubung hala tuju kepimpinan gabungan itu menjelang PRU16.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment