BANGI, 23 REJAB – BERSATU menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa parti itu mengkhianati PAS dalam krisis politik di Perlis sehingga membawa kepada peletakan jawatan Menteri Besar daripada PAS, Mohd Shukri Ramli.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah telah memberi penerangan mengenai perkara itu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan menyatakan bahawa BERSATU tidak terbabit.
“Kita menafikan sekeras-kerasnya jika ada pihak yang menuduh BERSATU terbabit, BERSATU tidak terbabit. Bila mana keputusan sudah dibuat oleh Raja Perlis (Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail), itu keputusan kuasa mutlak baginda yang mesti dihormati.
“BERSATU tidak memainkan peranan, nak sabotaj PAS, tidak ada tapi itulah keputusan sebenarnya.
“Kita nafikan sekeras-keras kalau ada pihak yang mengatakan kita pengkhianat. Tidak, tidak ada kaitan dan saya secara peribadi pun tidak terbabit dalam perkara ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MPT BERSATU di Petaling Jaya, malam tadi.
Krisis politik di Perlis tercetus selepas lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), masing-masing tiga dari PAS dan lima dari BERSATU dilaporkan menarik balik sokongan terhadap kepemimpinan Mohd Shukri sebagai Menteri Besar yang kemudian meletakkan jawatan atas alasan kesihatan.
Keadaan itu menyebabkan pemimpin utama PAS menyifatkan krisis berkenaan sebagai satu pengkhianatan terhadap PAS sebagai rakan komponen BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN).
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment