NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pesta Seks Songsang : Mengapa Polis Sukar Untuk Dakwa ?

𝙋𝙀𝙉𝘼 𝙋𝙀𝙉𝘼𝙆𝘼:  
𝗣𝗘𝗦𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗦 𝗦𝗢𝗡𝗚𝗦𝗔𝗡𝗚-𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗣𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗥 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔?

1. Sepatutnya hari ini saya merancang untuk menulis sedikit analisis tentang PRN Sabah, terutama kemenangan sulung PAS-PN di Datuk Dr Aliakbar di DUN Karambunai, tetapi ada sesuatu yang saya terpaksa lebih utamakan untuk ditulis.

2. Malam tadi saya tak dapat tidur setelah membaca beberapa berita berikutan satu serbuan terhadap sebuah kelab yang melibatkan aktiviti seks songsang luar tabi'e di Chow Kit pada 28 November baru-baru ini.

3. Yang menakutkan, 17 daripada 201 yang diserbu adalah penjawat awam Kerajaan Madani membabitkan doktor bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, guru serta pegawai agensi penguatkuasaan.

29 November 2025-201 lelaki termasuk 17 penjawat awam disyaki terbabit aktiviti hubungan songsang ditahan

4. Apa yang buat saya tak dapat tidur apabila membaca laporan Malaysiakini bertarikh 30 November bertajuk 'Kelab Songsang' - Polis akui sukar dakwa penganjur' berkaitan jawapan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.

30 Nov 2025-'Kelab songsang' - Polis akui sukar dakwa penganjur

5. Dalam laporan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur itu berkata, serbuan besar-besaran itu berakhir tanpa tindakan lanjut terhadap majoriti warga tempatan yang ditahan dan penganjur premis kerana permohonan reman terhadap 171 warga tempatan ditolak majistret.

6. Jelas Ketua Polis Kuala Lumpur, jumlah mereka yang ditangkap terlalu ramai dan proses mengambil data peribadi memakan masa menyebabkan reman lewat dikemukakan, mengakibatkan reman itu ditolak majistret.

7. Sementara Awani pula dalam laporan bertajuk 'Ops Songsang: Tiada seorang pun mengaku sebagai mangsa'- Polis', Fadil berkata polis tidak dapat meneruskan pendakwaan terhadap semua suspek kerana tiada seorang pun mengaku sebagai mangsa.

30 November 2025- Ops Songsang: 'Tiada seorang pun mengaku sebagai mangsa' - Polis

8. Kata Ketua Polis Kuala Lumpur, kes disiasat di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan, namun tiada bukti mencukupi untuk meneruskan pendakwaan.

9. Beliau menjelaskan bahawa di bawah undang-undang sedia ada, setiap kes eksploitasi atau luar tabii memerlukan ada pihak yang menjadi 'mangsa' untuk membolehkan pendakwaan dibuat.

10. Dua perkara yang saya pelik ialah yang pertama akibat mengambil masa yang terlalu lama untuk mengambil data peribadi menyebabkan mereka  terlewat dan terlepas reman dan yang kedua disebabkan tiada yang mengaku jadi mangsa menyebabkan polis tidak dapat mendakwa.

11. Adakah kes ini tidak dapat diteruskan kerana 'tekanan dari atas' terhadap pihak polis apabila ia dikatakan melibatkan 'orang-orang besar' tertentu terkait kerajaan Madani?

12. Saya tak boleh tidur memikirkan apa yang sedang berlaku dalam negara kita yang semakin songsang!

𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔 𝗜𝗕𝗡𝗨 𝗝𝗔𝗡𝗜𝗘
𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗮𝗹 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗕𝗲𝗯𝗮𝘀
Isnin | 1 Disember 2025

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo